Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

November 29, 2011

Armada Hijrah


bismillahirahmanirahim
cepat je kan masa berlalu
now, we are in 1433H
peristiwa 1Muharam 1432H pun masih tergiang2 lagi

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis 
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)
Hadis Abu Hurairah r.a yang berkata bahawa Rasulullah bersabda :
Maksudnya : ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah ilmu dihilangkan,banyak berlaku gempa bumi,masa terasa amat singkat,muncul pelbagai fitnah,pembunuhan terjadi di merata tempat,sehinggalah harta melimpah ruah di kalangan kamu .''-riwayat al-bukhari,1036. 
saya berasa sangat bimbang bila terbaca wish MAAL HIJRAH samada di FB/ sms  

1433H bermakna sudah 1433 usia hijrah Rasulullah yang menyeru umatnya berHIJRAH
tetapi apakah setimpal usia HIJRAH Kekasih Allah ini dengan amalan kita.

ARMADA HIJRAH akan wujud sentiasa
tetapi apakah kita antara nakhodanya?



ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR
SALAM MAAL HIJRAH 1433H





November 08, 2011

Kegemaran kita

sumber:http://zaadut-taqwa.blogspot.com/


Keredhaan Allah adalah matlamat tertinggi bagi setiap mukmin. Ini tergambar menerusi bait-bait syair yang sering diungkapkan di dalam zikir munajat:

إلهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى
Bermaksud:
Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, keredhaanMu adalah pencarianku.

Keredhaan Allah hanya boleh dicapai dengan beriman kepadaNya yang Esa lagi Maha Kuasa, taat kepada segala titah perintahNya, tenang dan yakin terhadap janji-janjiNya. Inilah orang yang dinamakan mutmainnah. Para malaikat memanggil mereka agar kembali ke Pangkuan Tuhan mereka dengan mendapat limpahan kasih dan redhaNya.

Wahai jiwa yang tenang"
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya"
"Maka masuklahlah ke dalam golongan hamba-hambaKu
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Al-Fajr:27-30

Menurut Imam at-Tobari, nafs mutmainnah atau jiwa yang tenang bermaksud jiwa yang sentiasa tenang dan yakin kepada janji Allah. Dia berjanji kepada mereka yang beriman kepadaNya bahawa mereka akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Lalu mereka yang beriman percaya kepada janji tersebut.

Beliau menyebut tafsiran lain terhadap maksud nafs mutmainnah ialah, jiwa yang percaya dan yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, tunduk kepada perintahNya, menerima segala ketentuanNya.

Pendapat lain ialah, jiwa yang yakin bahawa Allah adalahTuhannya dan sentiasa bersiap sedia untuk mentaati dan melaksanakan perintahNya.

Justeru, orang yang benar-benar ingin mencari keredhaan Allah mestilah mengikhlaskan niat, hanya keredhaan Allah yang dicari, bukan sanjungan manusia, bukan pujian orang ramai dan bukan juga kepuasan diri sendiri.

Seorang lelaki menemui gurunya, Basyar bin al-Harith al-Hafi, imam yang alim, warak dan zuhud meminta izin untuk pergi menunaikan haji kali kedua selepas menunaikan haji fardhu pada tahun sebelumnya.

Maka Basyar bertanya lelaki tersebut: “Apa yang mendorong kamu untuk pergi? Adakah kerana kamu seorang yang zuhud, yang tidak memerlukan harta di dunia, atau kerana kamu rindukan Baitillah, atau kerana kamu ingin mencari keredhaan Allah?”

Lelaki itu menjawab: “Bahkan aku pergi kerana ingin mencari keredhaan Allah!”

Basyar bertanya lagi: “Berapakah perbelanjaan yang telah kamu sediakan untuk tujuan tersebut?”

Lelaki itu berkata: “Dua ribu (2,000) dirham.”

Basyar berkata kepadanya: “Mahukah aku tunjukkan kamu cara untuk kamu mendapat keredhaan Allah dalam keadaan engkau duduk di negeri kamu?”

Lelaki itu menjawab: “Sudah tentu saya mahu.”

Lalu Basyar menjelaskan: “Pergi cari 10 orang yang tidak mampu membayar hutang, maka kamu langsaikan hutang-hutang mereka. Pergi kepada seorang faqir agar dia dapat meluruskan kekusutan dirinya, orang yang mempunyai tanggungan supaya ahli keluarga yang ditanggungnya dapat mengecapi kehidupan yang selesa, penjaga anak yatim agar dia dapat membahagiakannya. Kalau hatimu sanggup memberi kepada seorang daripada mereka, lakukanlah. Sesungguhnya kamu memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menolong orang yang susah, melapangkan kesempitan, membantu orang yang lemah adalah lebih afdhal daripada 100 kali haji selepas menunaikan haji Islam.”

Basyar berkata lagi: “Sekarang, katakan kepadaku wahai rajul (orang lelaki), yang mana satukah engkau pilih? Katakan kepadaku, apa yang ada di dalam hatimu?

Lelaki itu menjawab: “Wahai Abu Nasr, aku lebih berharap untuk musafir ke Baitillah!”

Basyar berkata kepadanya: “Sesungguhnya harta benda, jika dikumpul daripada kekotoran dagangan dan jalan-jalan yang syubuhat, dia akan menuntut dari jiwa kita supaya memenuhi kehendaknya, maka kita akan lakukan amal yang zahirnya nampak soleh, pada hal Allah enggan menerima kecuali daripada orang-orang yang bertaqwa.”

Justeru, mencari keredhaan Allah bukan sekadar beramal dengan amalan-amalan yang pada zahirnya nampak soleh. Sebaliknya, kita mesti memahami secara menyeluruh amalan-amalan yang disukai Allah serta memilih mana yang lebih utama dan lebih besar manfaatnya. Bukan memilih mana yang kita gemar dan yang kita suka semata-mata.


p/s: penulis blog ni pun penghutang yg tegar

November 03, 2011

Brek Kehidupan



Bismillahirahmanirahim...


Dialog ni dipetik oleh kawan saya ketika bersua dengan Tok Guru Nik Aziz




Soalan: Ada orang kata taqwa itu ada dalam hati. Tidak perlu ditunjuk?

Tok Guru: Yalah, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'. Kita asyik cuba membaiki manusia dengan mengetatkan undang-undang, beli dan pasang CCTV, perbesarkan pasukan polis menjadi 60 000 kekuatan, bina lebih banyak balai polis, perbanyakkan penjara dan pusat serenti, macam-macam lagilah; sedangkan hati manusia itu tidak disediakan 'brek', maka macam mana kita nak 'stop' segala pertbuatan fasya' dan mungkar?

Soalan: maksud Tok Guru?

Tok Guru: maksud saya, TAQWA. 'brek' itu adalah TAQWA. Apa yang saya nak sampaikan adalah kepentingan TAQWA. Mencari jawapan di luar daripada itu, maka jawapannya; tidak jumpa jalanlah. Berjalan dengan tiada 'brek'. Maka sesorang itu akan 'sesat' dan 'berlanggar' . Kita kena ingat benda 'sesat' ini bukan hanya di tengah hutan. Dalam bandar dan di tengah siang pun orang boleh 'sesat'.

Soalan: Boleh Tok guru kaitkan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka?

Tok Guru: Begini, anak kunci pintu syurga itu ialah TAQWA. Dalam pengertian lain, jika saya boleh umpamakan TAQWA itu sebagi roh ataupun perasaan takut ataupun lebih tepat, BERINGAT dengan kehadiran Allah yang sentiasa maha memerhatikan kita dalam segenap keadaan tidur mahupun jaga. Perasaan dan kesedaran inilah yang mampu menghantar seseorang kepada syurga berkat segala amal ikhlasnya. Soal syurga dan neraka ini bukan projek orang itu orang ini ataupun kerajaan itu kerajaan ini. Sekiranya kedua-duanya ini adalah projek kerajaan, memanglah tiada masalah untuk dipinda ataupun dibatalkan. Tapi, ini adalah projek Allah SWT. Inilah hakikatnya. Mahu tidak mahu kita kena tunduk kepadanya. Tunduk inilah TAQWA. TAQWA jenis ini sahajalah yang akan membawa sesiapa jua ke syurga. Inilah hubungan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka.

Soalan: Maksud Tok Guru, hanya dengan TAQWA sahaja sesorang itu boleh ditentukan sama ada mulia ataupun hina?

Tok Guru: Ya, ya. Mesti begitu. jika tidak, saya cukup-cukup takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat tahu-tahu di akhirat kelak, gelaran itu menjadi terbalik. Daripada al-Aziz menjadi yang Amat Hina, daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bodoh lagi buta mata hati. Daripada Yang Amat Berbahagia menjadi Yang Amat Berdukacita.



Moga sifat TAQWA tersemat di hati!




even kita sudah menutupi aurat dan berpakai seperti muslimah tuntutan syariah jgn lupa


utk mengamalkan baris akhir ayat ni

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup



auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.


Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan 


mereka selalu ingat.(Qs 7:26)...

even kita publish gmbr di fb bertutup aurat..memakai purdah tp tuntutan baris ayat



terakhir ini adalah suatu perINGATan buat muslimah yg cover aurat...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More