Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

August 21, 2011

Manifestasi Cinta Rahman

Bismillahirahmanirahim...


Hebatkan Pencipta kita...Allahuakhbar kalau kita sedar..betapa adilnya Pencipta kita.


Jibril a.s berkata kepada Rasulullah s.a.w "Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?" Tanpa menunggu jawapan Jibril a.s menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat".



A112
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [Surah Hud Ayat 112]



"Daripada Aisyah r.a , Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Biarpun hidup selama 40 tahun pada zaman ini tetapi sudah terasa lama. Apatah lagi sepanjang hidup tu hendak pastikan ibadat kita berterusan. 
Biarpun umur kita tidak panjang seperti pada zaman Rasulullah, namun dalam 1MALAM kita mampu menyaingi ibadat seperti sahabat Rasulullah..





Allah betapa adilnya Pencipta kita terhadap kita. 


Kita hanya perlu berusaha untuk mencari 1MALAM tersebut dalam 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN JE...


ALLAH...mujurlah DIA tak suruh kita cari dalam 1BULAN RAMADHAN TU..


Dah la kita ni jenis mudah jemu..nak istiqomah dalam beribadat pun jauh sekali..


Nah bukti jelas(manifestasi) betapa kasihnya(Ar-Rahman) kepada pembuat maksiat seperti kita...eh bukan dia tu la...huh




Doa Lailatul Qadar





August 06, 2011

Cabutan Bertuah Untuk Dimenangi

Bismillahirahmanirahim...

Bila masuk ramadhan pasti kita akan terasa teruja. Teringat akan hari raya dan lailatulqadar.

Allah SWT sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firmanNya:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Hadis-hadis tentang Lailatul Qadar telah kita baca. Di dalam kitab “Fathul Bari”, karangan Ibnu Hajar Al-asqallani, di dalam kitab “Nailul Autar”, oleh Imam Syaukani. Diterangkan tidak kurang dari 45 ulama meriwayatkan tentang Lailatul Qadar. Sejak dari malam 1 Ramadhan, sampai akhir Ramadhan, ada sahaja keterangan-keterangan ulama tentang waktunya Lailatul Qadar. Tidak ada malam yang kosong. Dan Al-Quran sendiri mengistimewakan sepuluh malam yang akhir; malam likuran kata orang Jawa. Imam Sayuti, dikuatkan oleh Syeikh Ahmad Khudari mengatakan malam itu adalah 17 Ramadhan. Tetapi Imam Syafie, mengatakan dua puluh tujuh Ramadhan.

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda:
“Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir” Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: “Carilah”

Tiada perkataan ‘menanti’ atau ‘menunggu’ atau mana-mana yang sekaum dengannya.
Dan mencari ini adalah bukan dengan ‘menunggu’ petanda pelik-pelik seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah dengan kita bersungguh-sungguh mengisi 10 malam terakhir itu dengan ibadah kepada Allah SWT.


Bagaimana untuk melayan sepuluh malam terakhir??
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya : “Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Apakah hikmahnya Allah SWT menyembunyikan malam yang hebat penuh barakah ini? Yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai:
“Barangsiapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya” Hadith riwayat Bukhari.

Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:
“Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaik amalannya” Surah Al-Mulk ayat 2.

Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah SWT. Bukan untuk mereka yang seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menanti keampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.
Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan hanya kepada mereka yang berusaha.
 
Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

Semestinya tidak.


Ianya bukanlah cabutan bertuah untuk dimenangi untuk untuk yang lip lap lip lap?
Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku
“Semalam Lailatul Qadr la”

“Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la”

“Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya”

“Mustahil lah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas sangat”

 Boleh pula seorang kata lailatul qadr malam ini dan seorang lagi kata dua hari lepas. Mengapa ya?
 
Jawapannya mudah, seorang bangun qiamullail malam tadi, manakala seorang lagi bangun qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas, yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

Maka jadilah lailatul qadr kamu, dan lailatul qadr aku.
Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat lailatul qadr, pada hari dia bangun.

Wahai saudaraku muslim-muslimah: Laa takuunuu Ramadhaniyyan, walaakin kuunuu Rabbaniyyan. Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan, tapi jadilah hamba Tuhan. Karena ada sebagian manusia yang menyibukkan diri di bulan Ramadhan dengan keta’atan dan qiraatul Qur’an, kemudian ia meninggalkan itu semua bersamaan berlalunya Ramadhan.

Kami katakan kepadanya: “Barangsiapa menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah mati. Namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah tetap hidup dan tidak akan pernah mati.”

Allah cinta agar manusia ta’at sepanjang zaman, sebagaimana Allah murka terhadap orang yang bermaksiat di sepanjang waktu.

Dan karena kita ingin mengambil bekalan sebanyak mungkin di satu bulan ini, untuk mengharungi sebelas bulan selainnya.

1. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa terdahulu yang telah ku lakukan dan segala dosa yang baru ku lakukan ( tanpa sengaja ).
2. Ya Allah, yakinkanlah dalam diriku tentang azab kubur dan seksaan api neraka.
3. Ya Allah, masukkanlah daku dalam Syurga Firdaus dan terimalah permintaanku di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah swt. menerima amal kebaikan kita. Amin

August 04, 2011

Maksud Enggan Masuk Syurga

Bismillahirahmanirahim....
 
di mana solatnya lelaki?
 
afdhalnya mengikut sunnah Rasulullah. tidak pernah baginda solat melainkan secara berjemaah di masjid kecuali dalam perang (berjemaah tetapi bukan di masjid) dan beberapa hari ketika baginda sakit saat nazak menemui ALLAH swt.

kekuatan dalaman lelaki sebagai khalifah, pemimpin umat, pemimpin rumah tangga hatta sebagai pemimpin dirinya sendiri memerlukan kekuatan daripada barakah solat berjemaah dalam memperkasakan kepimpinannya. bagaimana dia mahu menjadi pemimpin kepada keluarganya andai dirinya sendiri lemah dalam hubungan dengan ALLAH.

tiada tempat solat seorang lelaki di rumahnya, melainkan di masjid juga.. di masjid ALLAH membeli borong keseluruhan amalan solat fardhu para jemaah, tidak lagi secara individu selagi mana jemaah itu mengekalkan solatnya sebagaimana solatnya Rasulullah , junjungan tercinta.
binalah sahsiah diri , perkasakanlah kepimpinan Adam dengan mengamalkan solat jemaah di rumah-rumah ALLAH.


“Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari)  

Sesiapa yang mendapatkan takbir yang pertama bersama imam selama 40 hari berturut-turut maka Allah membebaskannya daripada api neraka dan kemunafikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang solat kerana Allah selama 40 hari di dalam jemaah dengan mengikuti takbir yang pertama, ditulis baginya dua kebebasan, iaitu bebas daripada api neraka dan kemunafikan.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Semua umatku masuk ke syurga, kecuali mereka yang enggan. ” Mereka (sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) : Dan siapakah yang enggan itu? , Sabdanya s.a.w : “Barangsiapa yang mentaatiku, nescaya masuklah ia ke dalam syurga, dan barangsiapa yang derhaka padaku, maka dialah yang enggan…”  – Riwayat al-Bukhari 

 

August 02, 2011

Doa Ramadhan

Bismillahirahmanirahim...
Doa Ramadhan yang diperolehi melalui tv9
Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan badah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya? (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.

Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.

Hari Kesepuluh

Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.

Hari Kesebelas
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas
Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas
Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas
Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.?

Hari Kelapan Belas
Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti egala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Hari Kesembilan Belas
Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh Satu
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga
Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh Lima
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya? Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

Hari Kedua Puluh Enam
Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh
Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, bahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.



Hari Kedua Puluh Lapan
Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.


Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.


Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More