create your own banner at mybannermaker.com!

May 04, 2011

Orang berjalan bukan dijalannya

Bismillahirahmanirahim.............

Hari ini, perkara-perkara agama sudah menjadi bagaikan padang rumput sesiapa sahaja boleh masuk dan melepaskan ternakannya. Setiap orang berani bercakap dan menulis tentang hukum/fatwa agama meskipun baru mulai mengenalnya hanya satu dua hari sahaja. 

Walhal Al-Quranul Karim, Sunnah Rasulullah saw dengan sangat tegas telah memberi peringatan kepada Muslimin agar jangan gopoh dan sembarangan memasuki medan fatwa tersebut tanpa memiliki bekalan ilmu yang cukup, kerana ianya sangat kritikal dan membahaya. 

Baginda nabi Muhammad saw dengan keras membantah orang yang telah berfatwa

di zamannya mengenai seorang lelaki yang terluka parah untuk mandi demi mengangkat hadas besar tanpa mengira keadaan lukanya. Fatwa tersebut menyebabkan orang yang terluka tadi meninggal dunia.  Baginda bersabda:

" Mereka (akibat fatwa itu) telah membunuh, biarlah Allah yang membunuh mereka..! mengapakah mereka tidak bertanya dahulu, apabila mereka mengerti; Sesungguhnya orang tersebut (yang terluka) cukup dengan mengambil tayammum sahaja (untuk mengangkat hadas besarnya)" [HR Abu Daud] 

Lihatlah, bagaimana Rasulullah saw menganggap fatwa mereka itu sebagai sebab biasanya seseorang dan beliau meyumpah mereka dengan berkata "Biarlah Allah membinasakan mereka..!". Jadi fatwa yang dilakukan dalam kebodohan dan kejahilan boleh menyebabkan kematian dan kehancuran. Oleh kerana itu, Imam Ibn Qayyim meriwayatkan bahawa para ulama sependapat HARAM hukumnya berfatwa bagi yang tidak mempunyai persiapan ilmu agama yang cukup, kerana ianya termasuk ke dalam larangan yang difirman Allah swt:

"........mengharamkan dan mengada-adakan terhadap Allah yang tidak kamu ketahui", [Surah al-A'raf ayat 33] 

Imam Ibn Sirin r.a berkata 
" Seseorang yang mati dalam keadaan jahil, masih lebih baik daripada yang berani mengeluarkan pendapatnya tanpa dasar ilmu pengetahuan."

Sheikh Abu Husain al-Ash'ari berkata:
" Ada seseorang yang berani berfatwa mengenai satu-satu masalah, apabila masalah tersebut ditannyakan kepada Saidina Umar al-Khattab pasti beliau menjemput ahli Badar untuk dimintakan pendapatnya (mengenai masalah itu)." 

Lantas bagaimana perasaan Sheikh Abu Hussain apabila beliau dapat menyaksikan orang yang hidup di zaman sekarang, di mana setiap orang berani tampil ke hadapan untuk mengeluarkan fatwa, meskipun bukan dari golongan yang layak ???.

Abdullah Ibn Mas'ud dan Abdullah Ibn Abbas r.a keduanya pernah berkata:
" Sesiapa yang sentiasa berani memberikan fatwa ke atas setiap pertanyaan adalah orang yang tidak waras akalnya."

Khalifah Abu Bakar pernah berkata 
"Langit mana yang akan melindungiku dan bumi mana yang akan menjadi tempatku berpijak, apabila aku berani berpendapat (berfatwa) tanpa dasar ilmu pengetahuan"

Saidina Ali Bin Abu talib berkata:
" Satu perkara yang paling menyejukkan hatiku, apabila ada seseorang bila ditanya mengenai perkara yang tidak diketahuinya, kemudian ia menjawab: 'Allahu A'lam..!"

Riwayat-riwayat yang telah dibentangkan di atas menunjuk kepada kita bahawa 'daerah fatwa' adalah sangat penting dan merbahaya. kerana, WAJIB mengambil persiapan ilmu dan kefahaman agama yang cukup, wawasan yang luas disertai kemantapan iman dan keteguhan hati serta keikhlasan yang nyata bagi mereka yang hendak menceburkan diri ke dalam 'lautan fatwa'.

oleh kerana syarat yang demikian sukar dan berat itu, maka kita akan sangat terperanjat apabila melihat orang-orang yang baru mula belajar ilmu agama dan shari'at sering tampil ke hadapan mengemukan fatwa-fatwanya berkenaan masalah-masalah yang rumit dan pelik, mereka juga mengetepikan para ulama, malahan terkadang mereka berani mengkritik dan mempersalahkan para imam-imam besar, bahkan generasi para sahabat. 

Apabila kita tanya mengapa mereka berani berbuat demikian? Jawapannya : " Mereka (para ulama) itu lelaki dan kamipun lelaki juga"

Mereka sepatutnya menyedari tentang kadar kemampuan diri terlebih dahulu, kemudian belajar lebih jauh lagi mengenai fiqh 'maqasid' (maksud-maksud) Shari'at dan fiqh hakikat kenyataan kehidupan serta beberapa disiplin ilmu yang berkenaan sehingga mapan dan mencapai darjat yang mencukupi.  

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberikan petunjuk yang benar kepada mereka.....!!!

Ya Allah selamatkanlah daku dan selamatkanlah orang lain daripada (kejahilan dan kebodohan) daku...

Imam Hassan Al-Basri berkata: Orang yang berbuat sesuatu tanpa dasar ilmu, laksana orang yang berjalan bukan dijalannya.

Reference : Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya fi-Fiqihi al-Aulawiyat...Rensensi lagi boleh baca di sini

sekiranya obama bersumpah laknat mengatakan osama dah mati, apakah osama perlu sumpah balas mengatakan bahawa dia tidak mati?? UMNO mesti sokong sumpah balas punye..

Padangan UZAR tentang sumpah laknat baca di sini
Wan Ji : di sini dan di sambungannya
Dr MAZA; di sini

Sumpah boleh jadi haram, sekiranya ia digunakan untuk dipermain-mainkan.Firman Allah;,“(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui”[Al-Baqarah : 224]

FIQH JENAYAH SYARIAH, BUKAN FOKUS HUKUMAN TETAPI MENDIDIK

3 comments:

it's really a good writing.. :)

Itulah realiti hari ini kak...
Agama bagaikan menjadi satu Isu yg boleh menjadi permainan politik...

Bermakna entry ni.. menjadi peringatan untuk sy juga dalam menyampaikan sesuatu...

Syukran!!!

Post terkini : Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah? | Ust Hj Zaharuddin

subhanallah,perkongsian yg sgt bermakna dura....itulah Islam kini menjadi agama asing di sisi penganutnya sendiri...

mudah2an kita dibebaskan dr menjadi golongan org yg berjalan bukan dijalannya!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More