Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

May 27, 2011

Pengajaran Yang Dibayar Dengan Satu Nyawa


Setiap hari cantuman puzzle kita akan berbeza. Berbeza dari segi ujiannya ,dengan cara kita hadapinya, bersama siapa atau apa-apa jela. 

Sometime...perasaan malas senyum, malas bercakap dengan orang, malas bergaul itu datang. Ntah la.. Letih dengan kerja..atau letih dengan perkara yang saban hari menghadapinya. Kelesuan diri selalu melanda. 

Ayat yang mampu motivate..

" Jangan buat macam kau tak da agama la badura"..

tu jela yang mampu aku push diri untuk terus berdiri and keep going menuju mardhotillah..konon-kononnya ayat inspiration la tu...[bukan senang beb]...sungguh tak larat...

Life is all about choices. Siapa kita hari ini..esok..atau semalam..

May 15, 2011

Sekolah Kehidupan

Bismillahirahmanirahim...
Selamat Hari Guru

Jika kita meluangkan waktu dan merenung sejenak tentunya kita akan mengetahui banyak hal yang terlewatkan. Baru aku sedari ternyata makna belajar sesungguhnya adalah bukan saat kita berada di sekolah formal saja. Pelajaran sebenarnya datang dari sekolah kehidupan, bukan dari sekolah formal. Segala proses kehidupan secara tidak sedar telah memberi kita pengetahuan dan pada akhirnya akan membentuk pribadi kita.

May 04, 2011

Orang berjalan bukan dijalannya

Bismillahirahmanirahim.............

Hari ini, perkara-perkara agama sudah menjadi bagaikan padang rumput sesiapa sahaja boleh masuk dan melepaskan ternakannya. Setiap orang berani bercakap dan menulis tentang hukum/fatwa agama meskipun baru mulai mengenalnya hanya satu dua hari sahaja. 

Walhal Al-Quranul Karim, Sunnah Rasulullah saw dengan sangat tegas telah memberi peringatan kepada Muslimin agar jangan gopoh dan sembarangan memasuki medan fatwa tersebut tanpa memiliki bekalan ilmu yang cukup, kerana ianya sangat kritikal dan membahaya. 

Baginda nabi Muhammad saw dengan keras membantah orang yang telah berfatwa

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More