create your own banner at mybannermaker.com!

March 28, 2011

Imej Diri

Bismillahirahmanirahim


Apabila kita menerima tanggungjawab memikul beban dakwah ini, sebenarnya kita telah menerima juga secara tidak langsung akan segala mehnah (ujian) dan tribulasi yang datang bersamanya.

Kita memang selayaknya untuk diuji. Mesti bersedia untuk diuji.




".... dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;
dan akan Kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad 47:31

Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.

Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang.
Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam.
Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Minda dan cara berfikir masyarakat hari ini. Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri atau dituduh tiada tarbiyah tanpa asas yang kukuh dan penilaian yang teliti.


"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka...."
Surah At-Taubah 9:42


Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.


Selayaknya kita diuji, bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.


Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More