Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

March 29, 2011

Ayat-ayat Cinta (10)

Mari kita soroti kata-kata seorang salaf yang masyhur iaitu Abdullah bin al-Mubarak:

Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,
Nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main dalam ibadahmu,
Orang yang membasahkan lehernya dengan air mata sedangkan tengkuk kami berlumuran dengan darah,
Dia memenatkan kudanya dengan sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat pada hari peperangan,
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu terbaik di medan,
Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
"Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala",
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, "Orang yang mati syahid itu tidak mati", ini bukan satu dusta...

March 28, 2011

Imej Diri

Bismillahirahmanirahim


Apabila kita menerima tanggungjawab memikul beban dakwah ini, sebenarnya kita telah menerima juga secara tidak langsung akan segala mehnah (ujian) dan tribulasi yang datang bersamanya.

Kita memang selayaknya untuk diuji. Mesti bersedia untuk diuji.




".... dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;
dan akan Kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad 47:31

Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.

Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang.
Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam.
Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Minda dan cara berfikir masyarakat hari ini. Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri atau dituduh tiada tarbiyah tanpa asas yang kukuh dan penilaian yang teliti.


"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka...."
Surah At-Taubah 9:42


Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.


Selayaknya kita diuji, bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.


Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

March 13, 2011

Wirid Wanita




Bismillahirahmanirahim...

Gegendang telinga ini seperti diketuk dengan bunyi seakan-akan satu dengungan lebah. Aduh, Bingit!
Itulah dengungan suara wirid wanita yang sedang beriktikaf di dalam masjid. Wirid mereka amat berbeza! Ya, wirid selepas solat. Usai sahaja imam memberikan salam, terus kedengaran wirid yang dipenuhi dengan perkara dunia.

March 04, 2011

Hikikomori

Bismillahirahmanirahim..

Borang master dah diisi..tapi tergendala sebab my bro dah cuci licin my lappy..jawabnya kena buat semula la tesis...Tesis oh Tesis..

Dalam otak sekarang hanya memikrkan tajuk analisis..

salah satunya tentang kecelaruan identiti generasi..[disebabkan adik ku jurusan psikologi menjadi serba sedikit tempias darinya aku terfikir tentang perkara ni]

secara kasarnya pe yang aku fagam tentang generasi ni aku adaptasi melalui cerita ni

March 02, 2011

Hasbiya Allahu wa nimal wakil

“How wonderful is the situation of the believer, for all his affairs are good. If something good happens to him, he gives thanks for it and that is good for him; if something bad happens to him, he bears it with patience, and that is good for him. This does not apply to anyone but the believer.”
Riwayat Muslim

Apabila kita asyik duduk termenung 
memikirkan nasib diri di sini....
Merenung jauh mereka hidup di sana
penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat 
erti kebahagian yang sebenar-benarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud ketenangan hidup
selalu orang mengaitkan ketenangan itu...
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
biarpun ia boleh menyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya...

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar...
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
lebih lena dari kita...

Kata HAMKA
" lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat "

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah swt...
Jika Allah hendak memberi kebahagian kepada seseorang 
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika Allah uruskan urusan kita...
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh buat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kekuasaan Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tidak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


untuk mencapai syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar


“Allahumma aslih li deeni alladhi huwa ‘ismatu amri wa aslih li dunyaaya allati fihaa ma’aashi wa aslih li aakhirati allati fihaa ma’aadi w’aj’al al-hayaata ziyaadatan li fi kulli khayri w’aj’al al-mawta raahatan li min kulla shay"  



Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku, dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku,
serta perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku (selamanya),
jadikanlah (masa) hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku,
dan (jadikanlah) kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More