create your own banner at mybannermaker.com!

February 28, 2011

Nikmatkah Dosa

Bismillahirahmanirahim.....

Dah lama tak taip entry. Bukan tak mahu blogging.. Kadang-kadang tu semangat membuak-buak nak taip entry. Nak membebel sorang-sorang. Last-last harapan untuk memblog tinggal kenangan, pinggan jadi kosong, dan telefon berdering tak henti-henti.


tetapi kekadang itu aku takut untuk menulis.

Teringat pesan Hassan Al-banna


jagalah fikiranmu..
karena fikiranmu akan menjadi ucapanmu
jagalah ucapanmu
kerana ucapanmu akan menjadi perbuatanmu
jagalah perbuatanmu 
kerana perbuatanmu menjadi sifatmu
jagalah sifatmu 
kerana sifatmu akan menjadi karaktermu
jagalah karaktermu
karena karaktermu akan menentukan nasibmu

dan istilah munafiq itu lebih mengerunkan aku..



Aku bukan insan serba baik dan sempurna.
Selalu aku katakan, aku ingin menjadi seorang daie tapi aku sedang bermujahadah – berusaha membaiki diri dan usaha itu dikongsi untuk membaiki orang lain. Di kesempatan ini, aku hulurkan tulisan yang aku cuba alirkan dari hati. Dengan doa dan harapan agar bergunalah untuk dijadikan panduan (ataupun sempadan) buat pembaca.
Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja".

Aku akui sejak dua menjak ni kesibukanku lebih pada dunia...sibuk mencari bekalan untuk menstabilkan diri.. sibuk mencari harta untuk penampung perjalananku sebagai tetamu Dia nanti. 

Rasulullah bersabda:"Dua nikmat yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh keduanya iaitu kesihatan dan waktu lapang' Riwayat Bukhari
Dalam Islam, tiada istilah ketiadaan masa untuk melakukan ibadat dan amal kebajikan. Kerna, hati mereka sentiasa ingat dengan perintah Allah swt.   Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, tugas penting yang mesti dilaksanakan oleh kita selain beribadat kepadaNya adalah mewujudkan kemakmuran dan kebahagian di alam ini.
Secara rumusnya "siapapun inginkan kebaikan, tetapi tidak semua inginkan kebenaran. Semua bencikan kejahatan, tetapi tidak semua bencikan kebatilan."


Pesan Hassan Al-Banna lagi
"Wajibaat aksaru minal Auqat"

3 comments:

Badura, saya suka dengan wasiat dan pesanan Hassan al-Banna. Awak dapat dari buku ke? Buku apa yang awak baca? Boleh suggest kat saya...

salha..
psl wasiat dn pesanan tu sy dpt ms ceramah2, tp dlm buku apa erti sy menganut islam banyak petikan diambil dr pesanan hassan albanna..
buku 100thn memperingati hassan albanna pun best gak..cara yg ditunjuk olh beliau menyebabkn sy tersentap..bgmncara menyikapi, memaknai sesuatu, serta merealisasikannya dalam setiap langkah kehidupannya …masyaAllah

Ya? Ok, nanti saya nak cari buku tu. Syukran ya :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More