create your own banner at mybannermaker.com!

February 25, 2011

Musibah Paling Besar bagi Mukmin

Bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah berjaya juga akhirnya utk aku post entri kali ini..tak tahu kenapa aku tak dapat buat new post..tapi login dapat..ada kaitan gan faceblog ke pe??huhu

la ila haillahu almalikun hakunmubinu muhammaddun rasulullahi sodikul wadil a'mini

Kata Muhammad Qutb "Sesungguhnya Nabi Muhammad saw kita lebih banyak dikenang dari diikuti"



Jika kita lihat hari ini ramai yang turun berduyun-duyun meraikan Maulidur rasul.. Sama ada yang tahu sejarah atau tidak tentang kelahiran baginda. bukan niatku untuk mengkritik perarakan tersebut.. tp pro and konnya pasti ada..sekurang2nya ramai yang sedar kan kehadiran hari bersejarah tersebut bila disebut "CUTI"

Teringat kenangan silam di sekolah ketika meraikan Maulidur rasul. Ketika itu, sekolah lebih menitik beratkan tentang pengetahuan tentang sejarah baginda. Buktinya, sekolahku mengadakan pop kuiz dan teka silang kata sebagai acaran sampingan yang berkaitan dengan sejarah baginda. Hadiah lumayan pasti dijanjikan bagi menarik minat...
perarakan Maulidur Rasul di SMKA Naim Libanat 2011

Saya berpesan pada diri saya..biarpun saya yang menyebutnya
bebanan perjuangan itu bukan sesuatu sekadar kita sebut.. kita panggil artis dan nyanyi lagu tentang kelahiran..

perjuangan itu perjuangan
perjuangan itu penghayatan
memikul bebanan kesusahan penderitaan penghinaan..
hanya semata2 bagi mengikuti jalan yg dilakukan oleh Rasulullah saw.. 

Rasulullah dalam sejarahnya yang paling perit berlaku pada dirinya ketika berada di perkampungan Abdil Yalail di Toif setelah meninggalnya Khadijah dan Abu Talib..
orang mekah tak nak dakwah. kesemua menolaknya..di cuba pada pak saudara..mak saudara...sehingga baginda terfikir mungkin orang mekah takut dgn dakwah ni.suatu percubaan baginda pergi ke toif bila sampai di Toif . Nabi ketuk setiap rumah..Nabi ajak kepada Islam..orang Toif bukan sahaja enggan menerima Islam..bahkan mereka menyuruh budak2 mereka yang tidak tahu apa-apa, anak 2 mereka yg tidak tahu apa-apa dan pemuda-pemuda yang tidak tahu apa berada kanan dan kiri jalan..melontar batu kepada nabi sehingga luka dan darah mengalir hingga ke tumit baginda..manusia biarpun Dia rasul dia tidak tahu apa yang akan berlaku pada dia..ketika baginda mengheret tubuhnya yg penuh luka..baginnda memikirkn masa depan dakwah..

inilah ucapan yg paling indah kita baca dalm sejarah..satu munajat, satu aduaan satu rintihan yag tidak diikuti apa-apa permintaan yang besar..tapi besar bagi nabi..


"Ya Allah aku mengadu kpdmu lemahnya kekuatanku..sedikitnya helah ku dan hinanya aku ini dikalangan org ramai. Ya Arhamarahimin..wahai Yang Penyayang dikalangan penyayang..  Engkaulah Tuhan org2 yg kena tindas dan engakulah Tuhanku.. kepada siapa Engkau hendak serahkan diriku wahai tuhanku..adakah kpd orang jauh yang bermasam muka dgnku..ataupun kepadaMu yg kau jadikan mereka menguasai urusanku namun jika engkau tidak murka pda ku aku tidak peduli wahai Tuhanku.. jadilah apa yg nak jadi pun..aku berlindung dgn cahaya wajahmu yg mengelap menerangi kegelapan yang dgnnya yang membaiki urusan dunia dan akhirat.. agar jgnlah engkau turun kan marahmu atau halalkan murkamu..kpd egku lah pengharapan sehingga engkau redha tdk ada daya dan upaya wahai tuhanKu..walahaulawalakuwatailla billahila'liyua'zim..
Allahu Akbar..

Musibah paling besar bagi Mukmin adalah apabila wafatnya daie yang berjiwa besar ini..





2 comments:

menitis air mataku..adakah syafaatmu Rasul kan ku miliki di sana?

sy pun menitis air mata smasa mndgr ceramah DR MAZA ni...sje share smoga bermanfaat tuk semua

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More