create your own banner at mybannermaker.com!

February 28, 2011

Kompas Hidup


Bismillahirahmanirahim...
Dalam kita sibuk menunaikan tanggungjawab duniawi sedarkah kita dimana diri kita?. Sama ada masih dijalan kebenaran yang membawa kita ke syurga ataupun sebaliknya. Tanpa diduga kelalaian menyelubungi diri dek kesibukan hal-hal duniawi. 
Dari bermulanya kehidupan kita dalam sehari-hari dengan melangkah perlahan bangun menunaikan solat subuh di pagi hari, sehinggalah tidur dimalam hari. Seperti sungguh tenang dan indah aturan dalam kehidupan hari itu bagi seorang manusia. Solat subuh umpama pembuka selera dalam memulakan hidup tanda kehambaan kepada Allah yang esa, sebelum disusuli dengan segala tanggungjawab yang mendatang sebagai muslim dalam seharian itu. 

Tanpa diduga juga, dari kita ‘berjalan’ mengikuti masa sehinggalah kita ‘berlari’ meniggalkan masa, kita sebenarnya telah lama tersasar dari tujuan asal penciptaan manusia. Semua dek kerana keseronokan berkawan, hiburan, kerjaya yang mengembirakan dan pelbagai-bagai lagi hal duniawi yang telah berjaya ‘mengikat’ sekujur tubuh insan bernama muslim.
Kesempatan yang mudah bagi syaitan-syaitan laknatullah dalam membisikkan hati-hati yang mulanya hari itu untuk menjadi muslim yang lebih baik dari hari sebelumnya, tapi rebah tersungkur dipertengahan hari kerana alpa dan leka. Lalu, lahirlah kemungkaran yang dilakukan oleh anak adam yang tidak pun berniat untuk mencipta kemungkaran di atas muka bumi ini.
Ibnu Qayyim al Jauziyah pernah memberi beberapa gambaran tentang belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi.. masyaAllah kalau kita masih ingat tentang belitan-belitan itu, rasanya mahu sahaja bermastautin di masjid atau rumah-rumah ibadat.
Tapi tidakkah kita beruntung jika kita menjadi salah seorang yang sedar tatkala kita sudah tersasar dari tujuan asal penciptaan manusia?. Muhasabah diri kita . Komputer dan segala alatan yang canggih di muka bumi ini yang diagung-agungkan oleh manusia juga akan di’muhasabahkan’ atau direpair untuk memastikan ia sentiasa bekerja mengikut apa yang diprogramkan. kejayaan dalam me’repair’ alatan tersebut mengikut jadual dan secara berkala mampu mengurangkan kerosakan atau kemudaratan dalam sesebuah alat teknologi ciptaan manusia untuk berfungsi. Begitu juga manusia. Manusia juga harus di’repair’ untuk memastikan ia sentiasa mengikut kehendak penciptanya.
Secara mudah, boleh saya katakan ‘repair’ untuk manusia adalah melalui solat. Melalui pembaharuan syahadah kita kepada Allah. Tetapi segalanya akan berlaku jika kelima-lima solat fardhu itu ditunaikan dengan penuh khusyuk. Namun yakinkah kita akan 5 solat fardhu yang kita tunaikan itu akan diterima Allah dan seterusnya memberi kebaikan kepada kita?. Maka disebabkan itulah, kita seharusnya berusaha meningkatkan ibadah kita dengan melaukan ibadah sunat yang lain dalam kehidupan seharian kita. Jikalau dipifirkan sejenak, semua perbuatan kita termasuklah urusan duniawi mampu dijadikan ibadah jika syarat-syarat tertentu dipatuhi. Sungguh mudah kan itu beribadah?. Maka ambilah kesempatan dalam kesempitan waktu kita untuk bermuhasabah diri.
Sementara kita masih memiliki nikmat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, maka gunakanlah sebaiknya. Sesungguhnya, 5 perkara yang baik yakni waktu muda, sihat, kaya, waktu lapang, dan waktu hidup sebelum 5 perkara sebaliknya, tidak dapat dilihat atau ditafsirkan dengan mudah sebagai nikmat Allah yang besar bagi seorang hamba allah kecuali mereka yang telah kehilangan salah satu daripada 5 perkara ini.
Ia dapat dianalogikan seperti di dalam kisah ini :-
Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun didatangi oleh seorang lelaki yang sedang membawa sebakul aiskrim. Dengan takdir Allah, tuhan sekalian alam, telah memanggil pulang kedua ibupaba budak lelaki ini pada hari sebelumnya kerana kemalangan kereta. Lalu, segala harta milik kedua ibu bapanya diwarisi kepada budak tersebut…
Lelaki : Anak, inginkah kamu akan sebakul aiskrim ini?
Budak: Sudah tentu pak cik. Manakan mungkin aiskrim yang menjadi kegemaran saya , ditolak dengan mudah.
Lelaki : Tapi dengan satu syarat wahai anak..
Budak : Apakah syarat itu wahai pak cik. Tidakkah kamu malu untuk mengenakan syarat kepadaku yang masih muda ini?
Lelaki : Tidak wahai anak… Syarat itu tidak pula membebankan kamu.
Budak : Baiklah, sampaikan kepadaku wahai pak cik..
Lelaki : semua aiskrim ini akan menjadi hak milik anak jika, kereta merz milik kamu itu diberikan kepadaku….
Lalu, tanpa membuang masa, kunci kereta yang baru sahaj diwarisi itu, di berikan kepada pak cik tersebut. Begitulah nilai sebuah kereta bagi seorang budak berusia 5 tahun. Begitulah juga nilai 5 nikmat besar Allah kepada kita jika kita tidak menilai dengan sebaik-baiknya. Nikmat-nikmat itu umpama ‘MAHKOTA’ yang dipakai oleh setiap muslim tetapi ia dipakai tanpa disedari olehnya. Maka rugilah mereka tatkala kesedaran terhadap keberadaan ‘MAHKOTA’ itu berlaku apabila ia hilang.
Saya yakin dan pasti , kebanyakan para pembaca masih mempunyai nikmat-nikmat tersebut. Maka ambillah masa muhasabah diri . Betulkan kembali kompas hidup anda. Kembali kepada manual tujuan penciptaan manusia yakni Al-Quran dan As- sunnah. Masih belum terlambat untuk kita kembali. Sama-sama berpesan akan kebenaran, semoga syurga idaman menjadi tempat akhir kita bertemu dan berkumpul selamanya…

4 comments:

Kembali menyedarkan jiwaku yg tandus dan kontang......

Tazkirah mau'izzahmu membuatkan kak nik terasa seperti membaca tulisan Ustaz Nik Abduh...

Semoga aku mampu memujahadahkan diriku yg semakin liar dan keras ini....

sama2 kita repair diri..tp yg pastinya entri ni bukn copy paste dr ustaz nik abduh..huhu

Tazkirah ni. Badura, saya berterima kasih sebab awak banyak mengingatkan saya dan pengunjung blog yang lain. Buatlah lagi tazkirah pendek macam ni, saya suka baca :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More