create your own banner at mybannermaker.com!

January 30, 2011

Minat VS Keyakinan

Bismillahirahmanirahim...........

"Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman." (QS. YAASIIN:10)

rata-rata most pejuang menjadikan ayat ini penyebab mereka mengalah..berundur diri dari landasan perjuangan mereka. dengan erti kata FUTUR...

lagi teruk lagi bila ada daie tu membuat kesimpulan melalui ayat ini:


“Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!” [Al-Ma'aarij 70: 42]
tidak ku nafikan ilmu itu amat penting. apatah Imam Syafie sendiri pernah berkata

Jika kamu inginkan kejayaan di dunia hendaklah dengan ilmu.. Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat hendaklah dengan ilmu.. Jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu"
Nah hebat sekali jaminan dari seorang alim yang mana menggabungkan Quran dan Hadith di dalam amalanya..[teringat teka-teki dari seorang sahabat bertanya siapa yang lebih faqih (faham hukum fekah) dan alim antara saidina abu bakar dan imam syafie.nyata sekali aku kurang ilmu tentang sejarah..
jawapannya: saidina abu bakar lebih faqih sebab dia lihat sendiri cara yang paling tepat untuk melakukan semua ibadat (fekah la) yang ditunjukkan oleh nabi kita.......iman as-syafie lebih alim sebab beliau telah membandingkan semua nas2 al-quran dan juga hadis untuk mengeluarkan semua hukum syariat dalam agama islam] 

berbalik ayat di atas. daie katakan..pastinya tahu dalil2 shahih. Beginilah akibat bila ILMU TIDAK SEIRING DENGAN TARBIYYAH. maaf sekiranya aku menuduh semborono. orang yang ditarbiyyah tidak akan menggunakan ilmunya semberono. 

bila dikatakan daie, pastinya ada matlamat perjuangannya. apa yang disampaikan kepada mad'u. kenapa perlu berkorban, bersusah payah untuk berjuang.

Pandanganku:

Apakah matlamat perjuangan??   
Jawapannya: ISLAM

Apakah yang ingin disampaikan??
Jawapannya: ISLAM

Kenapa perlu berkorban??kenapa perlu bersusah payah??
Jawapannya: ISLAM

maaf sekiranya komentarku berbeza sekali dengan diri kalian..

ISLAM kuncinya...ya dengan penuh keyakinan dan jaminan aku memberi jawapan ini pada kalian.

Apa gunanya kalian solat, menahan lapar kerna berpuasa,menutup aurat bersyahadah sekiranya kalian sendiri tidak yakin dengan ganjaran amalan kalian?? Apa gunanya kalian berjaga malam sekiranya tidak percaya dengan keistimewaannya?? Sebab itu ada pepatah sekarang " TEPUK DADA TANYA IMAN"...

Nampak benar tahap keimanan kita terhadap amalan kita seharian dalam melaksanakan perintahNYA.. 


Jika kalian adalah seorang daie mana mungkin kata-kata dari surah Yassin ayat 10 itu keluar dari hatimu seperti orang yang telah mengalah..sudah penat kah??atau sudah hilang minat??mahu beralih haluan kepada minat yang lain??

Di sini dapat kita lihat tahap keyakinan perjuangan kita. Maaf sekiranya aku mengambil masa kalian menerangkan sedikit pemahaman matlamat perjuangan sebagai seorang daie.


Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim) 


Apa yang aku maksudkan ILMU SEIRING DENGAN TARBIYYAH??Dikaitkan pula dengan matlamat perjuangan??



1).Peringkat awal hendaklah dia membetulkan dirinya supaya menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiran baik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa, bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
2). Peringkat kedua ialah membentuk keluarga (rumahtangga) secara muslim(baitul Muslim). Bagi yang belum berkeluarga hendaklah memilih pasangan yang soleh seyterusnya mendidik anak secara Islam.
3). Peringkat ketiga adalah memperbaiki masyarakat supaya menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran Islam yang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam.
4). Peringkat keempat adalah daulah Islam. membentuk sebuah negara Islam. Dengan erti kata, undang-undang menurut Islam. Hukum hudud, Qisas..bukannya undang-undang manusia sendiri. Sedangkan SANG PENCIPTA sudah memberi jaminan sekiranya kita laksanakan undang-undangNYA pasti selama dunia akhirat. 


Yang Hairannya, ada manusia yang mencipta undang-undang sendiri. Berfatwakan "Fenomena Alam" barangkali. bimbangkan bangsa lain lebih maju dari bangsa sendiri. HEBATNYA EXPECTATION MANUSIA DARI JAMINAN SANG KHALIQ SENDIRI..


5). Peringkat kelima adalah mengembalikan pemerintahan Khilafah Ar-Rasyidin. 


Secara rumusnya begini.


menyampaikan misi dakwah & Islam (Pembentukan Individu Muslim > Baitul Muslim > Mujtama' Muslim > Daulah Islam > Khilafah Islamiyyah)




Inginku katakan..JIHAD ITU BUKAN SUATU MINAT TETAPI BERKAITAN DENGAN AQIDAH KITA.

Sheikh Ahmed Yassin-founder and prominent leader of Hamas

Lihatlah betap yakinnya beliau akan janji yang Maha Esa. Even berada di atas kerusi roda, masih menceburkan diri dalam menegakkan kalimah Allah. Inilah buktinya, seorang daie tidak semestinya menyumbang dari segi fizikal sahaja!!!

Dalam ilmu pengajian Islam, ada tiga elemen atau disiplin ilmu yang menjadi pelengkap agama iaitu Aqidah,Syariat dan Akhlak. Aqidah itu diwakili oleh ilmu usuluddin,syariat pula diwakili oleh ilmu fiqh , manakala akhlak pula diwakili oleh ilmu tasawwuf. 

Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh dipisahkan bagi membentuk peribadi mu'min sejati sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar yang bermaksud: 

Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : 

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? 

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. 

Sipemuda : Benar katamu. 

( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) 

Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. 
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? 
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. 
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? 
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. 
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : 
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? 
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. 
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. 

Hadis di atas membicarakan tentang Rukun Islam, Iman, pengertian Ihsan dan tanda-tanda kiamat. Imam Nawawi berpendapat hadis ini menjadi dalil yang mutawatir tentang keseluruhan agama Islam itu sendiri. Apa yang ingin dikaitkan ialah Islam itu merupakan Syariat, Iman itu adalah aqidah manakala Ihsan itu merupakan Akhlak. Maka kesempurnaan Islam itu wajib mengandungi ketiga-tiga elemen tersebut. 





Secara jelasnya, islam itu bukan hanya agama ibadat. tetapi AGAMA PERJUANGAN. Mengapa demikian??TEPUK DADA TANYA IMAN.


So jangan putus asa..kerna kita jauh lagi perjalanan..




Ibrah dari Kisah Nabi yunus a.s..




Masih ingat lagikah kisah NAbi Yunus yang ditelan ikan. Ibrah kisah ini menjadi pembakar semangatku supaya jangan putus asa mengharap dariNYA. PAda pangadanganku, Nabi Yunus a.s ketika itu:


berada dalam tiga kegelapan: Kegelapan dalam perut ikan, kegelapan di dasar laut dan kegelapan malam
Cuba bayangkan kita sendiri berada di dalam tempat yang sangat sempit dan gelap pekat hingga tubuh kita sendiri pun sukar digerakkan selama berminggu-minggu...

Fuhh.. Tak boleh dibayangkan, betapa beratnya ujian yang menimpa Nabi Yunus..

Jadi, adakah Allah sengaja memberi dugaan kepada Nabi Yunus tanpa hikmah dan pengajaran? Kenapa pula Allah sebutkan kisah Nabi Yunus di dalam Al-Quran? Sia-sia saja tanpa ada pengajaran untuk kita fikirkan?

Maka, cuba kita tafakur sejenak, teliti Al-Quran, apa hikmah disebalik ujian Allah ke atas Nabi Yunus.

“Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang Rasul, (ingatlah) ketika ia lari (meninggalkan tanggungjawab) ke kapal yang penuh muatan. Kemudian ia ikut berundi*, lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari dibangkitkan(kiamat). Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit.” (Al-Saffat: 139-145)

* Undian itu diadakan karena muatan kapal itu sangat penuh. Kalau tidak dikurangkan mungkin akan tenggelam. Justeru diadakan undian, siapa yang kalah dalam undian itu dilemparkan ke laut. Nabi Yunus termasuk orang-orang yang kalah dalam undian tersebut sehingga ia dilemparkan ke laut.

Apa yang aku dapat, kisah Nabi Yunus ditelan ikan sebenarnya merupakan didikan dan iktibar dari Allah untuk kita, betapa pentingnya bersabar dalam berdakwah dan padahnya meninggalkan tanggungjawab menyeru kepada Allah. Kalau tidak kerana dakwah Nabi Yunus, hancurlah semua kaumnya.

Allah juga ingin mengajar kita bahawa putus asa dan berhenti dari melangkah tidak memberi apa-apa natijah yang baik. Malah ianya sangat dibenci Allah.

Jika kita berhenti dari terus berjuang, kegelapan pasti akan menyelubungi diri kita. Ibarat seseorang yang berputus asa, hidupnya resah, terasa dunia ini hitam dan sempit seperti berada di dalam perut ikan..

Dalam segala aspek kehidupan pun, sama ada pelajaran atau perniagaan, semuanya perlu untuk kita bersabar dan terus melangkah dalam berjuang. Tiada sebab untuk terdetik dalam jiwa kita ‘putus asa’. Malah kita seperti merosakkan diri kita jika berputus asa.

Lebih-lebih lagi dalam berdakwah, menyeru kepada Allah, jika kita berhenti, bukan saja kita yang musnah ditelan kegelapan, bahkan masyarakat juga kan punah ditelan kejahilan.

Sebab itu, cuba kita bayangkan betapa gelapnya dunia ini tanpa dakwah apabila kita berhenti dari menegur, berhenti dari nasihat-menasihati, berhenti dari amar makruf nahi mungkar..


"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?'" (Fushilat: 33)

~ entri ini adalah pandangan peribadi. tidak ada kena mengena dengan doktrin atau ideologi sesiapa. Hanya suatu hidayah untuk Si FaQir menagih simpati dan medium dariNya untuk menyuarakan hasrat di hati mungkin. jika kalian pernah melihat Fatima Az-zahra berucap kerna dijemput oleh rtm1 berkaitan buku terbarunya PALESTIN KAMI DATANG..semangat yang ditunjuk oleh beliau seperti ingin ke sana berjuang bersama. begitulah keyakinan yang ingin ku sampaikan kepada kalian.


ha za min fazli rabbi.... 

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More