create your own banner at mybannermaker.com!

January 09, 2011

Di mana Keyakinanku

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah sedar tak sedar rupa2nya sudah tiga bulan lebih aku berkidmat di sini..dengan  kecelaruan diri tiap2 hari..monolog diri ingin berhenti..sendirian menyebabkan diri ini lebih banyak mengelamun perkara yang lagha..subhanallah..Jauhkanlah diri ini dari perkara sia2 Ya Rabbi..even aku berkhidmat di tempat baih solehah tapi indah kabar dari rupa..even di sini pusat pengajian, mengajar kalam suci tapi mawaddah wa rahmat itu tidak dapat ku rasai..apatah lagi sakinah..


monolog lagi.."apa yang tidak kena sebenarnya"



teringat aku tentang fiqh harakah



di dalam skop tajuk fiqh harakah, terdapat 3 jenis amal yang saling melengkapi iaitu amal fardhi, amal ijtimae dan amal jamie. Aku rase belum masenye kite berkata tentang amal ijtimae dan amal jamie tanpa kite mengulas tentang amal fardhi. Amal fardi adalah yang berkaitan amalan individu, ia merangkumi segala aspek ibadah sama ada ibadah umum dan khusus.

Di sini aku selitkankan contoh2 amal fardi yang mudah dilaksanakan dlm amalan seharian.

>Amalan asasi dan Amalan harian

  1. jaga solat jemaah
  2. solat sunat Dhuha
  3. bacaan Al-Quran setiap hari
  4. Al-mathurat
  5. istighfar dan selawat sekadar termampu
  6. Qiamullail(1 X seminggu)
  7. Puasa sunat isnin khamis
  8. berzikir dan berfikir kebesaran Allah.
>jauhi dosa kerana ianya
  1. mengundang murka dan bala dr NYA
  2. dakwah sukar diterima
  3. hati menjadi keras
  4. melambatkan rezeki
myb di sini ada silapnya.
insyaAllah, jika kita istiqomah walaupun sedikit, itu yang lebih disukai oleh Allah S.W.T. bila kita bersendirian, terasa amalanku semakin rapuh.

subhanallah cuai nya diri ini..


Hebatnya Mus'ab ibn 'Umair..
Allahuakbar,terasa terlalu jauh nak dibandingkan dgn Mus'ab bin Umair.duta Islam pertama yg dahsyat.boleh berdikari walau dihantar sendirian utk laksanakan misi besar Islam di Yathrib.dialah da'ie, dialah murabbi.latar belakang hidupnya membuktikan, tepat pilihan Rasul memilihnya utk laksanakan tugasan berat itu.sedangkan diri ini terlalu jauh.x boleh berdikari sendirian sebegitu.... La haulawala quwwata illa billah

terbisik dihati
"antara kemanisan bergerak kerja di alam kampus ialah kerana ramai teman di sisi"..
kalau dulu ada sahabat2 saling mengingati dan saling bantu-membantu(takaful)



La YukallifuLlahu Nafsan..illa wus`aha...

Firman Allah yang bermaksud:
(ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). Surah Muhammad Ayat 36.


firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Semoga ayat ini menjadi penguat untuk diri kita. Jika ini yang terbaik untukku permudahkanlah Ya Rabb. Janganlah Engkau gelincirkan aku dengan mehnah dan ujianMu..


4 comments:

Salam,

Kadang-kadang saya pun rasa benda yang sama. Walaupun dah bergaul dengan bermacam orang tapi rasa masih ada yang kurang...

sekadar pendapat kak nik..teringt pesan seorang ustaz saat masih menjadi penghuni bumi Maahad..

Seandainya kita rasa tiada tenang,rasa gelisah,tidak tenteram padahal kita tidak pernah meninggalkan solat,kita bersahabat dan dikelilingi oleh insan-insan yg soleh....mungkin sbnrnya roh kita 'lapar' atau santapan rohani kita yanqus(berkurangan)...something dgn ibadah kita....

So bersama koreksi diri krn kak juga merasa spt itu!

btul tu k.nik..myb smtg wrong dgn kualiti ibadat kita..huhu
Untuk menguatkan azam dalam beribadat, al-Fudhail bin Iyadh memberi petuanya: “Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak sedangkan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya.”

tersentap bila baca 1entri dr shbt..malu pula dgn luahan entri ni..

dlm blog beliau
"knp tiada kualiti dlm ibadat kita??
kerana kita curang pd AlKhaliq...apakah mksud curang itu??"

malu rasanya utk menaip di sini..huhu...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More