create your own banner at mybannermaker.com!

December 19, 2010

Alhamdulillah


Salam Maal Hijrah 1432 H

Alhamdulillah sebegitu lama menyepi tapi hari ini diberikan peluang masa dan kesihatan untuk terus menaip..

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru...masihi pun dah tengah bulan...

Syukur dalam kesibukan ini, masa ku diisi dengan perkara yang dapat menyumbangkan kepada agamaku..Biar pun sedikit..Selama sebulan aku menganggur dari jemaah terasa hati resah gelisah..Dan insyaAllah dalam 4bulan lagi pastinya sahabat sefikrah terpaksa bekerja keras lagi bagi perjuangan akan datang..


Setelah selama 6bulan meninggalkan alam kampus terasa diri keseorangan di sini bersama Al-Khaliq. Kini baru lah terasa bahawa Al-Khaliq sentiasa di sini..Kalau dulu dianugerahkan sahabat-sahabat  oleh Al-Khaliq menyebabkan diri ini alpa padaMu..even saban malam aku berkhalwat bersamaMu ya Rabbi..tapi hari ini kesunyian malam terasa asing sekali..

Terima kasih untuk segalanya..

"Yakin pada Allah bukanlah m'harap terkabulnya segala harapan. Yakin pdAllah bukanlah keindahan nikmat, yakin pd Allah adalah meletakkan keREDHAAN pd KETENTUANNYA..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..air mata yg tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka"

Semoga aku redha dengan ketentuanMu..Aku yakin Engkau sedang menguji keikhlasanku..biarlah apa orang kata...kerjaku lebih dari jawatan yang aku pegang sekarang. kerna aku percaya tanggungjawabku padamu Ya Rabbi lebih dari sepatutnya.. Akanku perjuangkan kegemilangan Kelab Balkis ini..even aku bukan pengasasnya..Semoga perjuanganku untuk menaikkan semula Kelab Balkis ini adalah terbaik untuk agamaku.. 

Aku tahu hayatku tidak dipanjangkan walau sesaat pun..dan kematianku tidak dilewatkan sesaat pun..tapi aku berdoa dan berharap semoga hayat diberikan dipermudahkan urusan agar amanah yang diberi sempatku selesaikan...

Syukur untuk segulung ijazah Engkau permudahkan...

hadiah untuk mak
ingat lagi mimpi malam tu
esoknya paper akhir akan ku duduki
mimpi malam tu aku disengat oleh lebah
mimpi malam tu jelas sangat
tertanya-tanya petanda apakah ini
kata orang tua
tanda kita akan bagi kebahagian pada ibu bapa

hari ini aku tertanya-tanya
adakah aku telah beri kebahagian pada mereka??
cukupkah dengan segulung ijazah ini??
mampukah penampilan ku ini memberi kebahagian pada ayah bonda

jika akulah bonda pada seorang anak
apa yang aku inginkan
cukuplah sekiranya anakku berakhlak mulia...
semoga doa anak yang soleh mampu memadamkan api nerakaku

mak....
doakan semoga ra jadi anak yang solehah ye...


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More