create your own banner at mybannermaker.com!

November 11, 2010

Terus Berlari

Bismillahirahmanirahim...


Dari bawah aku bermula..Bertatih-tatih berjalan.
Sukanya aku apabila melihat kemahuan kecilku itu dituruti.
Paling gembira saat itu, sudah tentu bonda dan ayahanda.
Dari berjalan, aku cuba berlari..Berlari-lari anak.
Berlari sehingga aku mampu berlari ke garisan penamat.
Berlari mengejar wawasan dan cita-cita hidupku.
Hingga kini, aku masih belum berhenti berlari.
Adakalanya aku letih..Letih kerana sepanjang perlarianku. banyak duri, ragam , fitnah-fitnah dunia menghalangku.
Kerana apa aku kuat?..Ayah dan emak..
Kerana aku tak nak lihat senyuman di muka mereka hilang.
Aku tak nak lihat mereka menangis bersedih kerana aku keletihan berlari.




Dan hari ini akan ku terus melari dan melangkah untuk mereka...

biar kini banyak permintaan dan kehendakku dihalang oleh kuasa veto mereka


alhamdulillah result application master ku dah keluar
hati melonjak gembira tengok result
seperti result UPSR ku dulu(kebetulan result UPSR 2010 keluar hari ini)
ingat lagi
masa result UPSR ku keluar
ayah lah orang pertama yang tahu...
sedangkan aku sendiri pun tak tahu
sebab pergi ambil ujian kat maahad
konon-kononnya nak sekolah menengah kat situ
tapi hari ini
result master tu aku pendam dalam hati
sebab dah tahu keputusan mak ayah
aku tahu ayah risaukan anak dia
belajar jauh-jauh
tapi mungkin juga DIA yang tidak membenarkan
cuma ayah menjadi alasannya


hari ini 
aku akan terus berlari...
untuk mereka...
memuaskan kehendak mak ayah
bukan mereka tak benarkan aku sambung..
tapi kalau boleh...
biarlah dalam kawasan local dalam local
(tp hati tertanya-tanya kat klate ni banyak mana la sangat universiti..kalau ada pun ada ke gan kos aku nak)


hurm....
hari ini akan ku terus melangkah
kerna aku percaya 
tidak semesti apa yang kita nak akan tercapai
sebab aku bukannya budak umur 12 tahun lagi
mak dan ayah dah letih mengajar aku
erti hidup
so sekarang 
aku lah sendiri yang perlu menterjemahkannya
kerna Allah tahu apa yang aku mahu
kehidupanku tidak akan berhenti di sini sahaja


Yang sepi akan bertandang suatu hari nanti..
Tiada khabar berita di sana..Ada masanya bercahaya.
Ada masanya kelam, gelap, tiada apa-apa.Aku terdiam sejenak.
Tidak mampu berkata apa-apa.Sedarnya aku, hidup ini akan berakhir satu hari nanti.
Mana mungkin aku mampu berlari selama-lamanya. Sekadar insan biasa. Akhirnya,aku akan terhenti. Terduduk dan terbaring di atas tanah.

Moga saat itu..
Aku sudah mampu membuatkan orang-orang sekelilingku bahagia.
Bahagia dengan kepantasanku. Bahagia dengan kekuatan staminaku.
Aku tahu. Aku sedar. Aku hanyalah sekadar insan biasa...
dan cukuplah kematian itu sebagai penasihatku



0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More