create your own banner at mybannermaker.com!

November 19, 2010

Healing

Bismillahirahmanirahim... Salam Baitullah

Menurut hadith 40 dari Imam Nawawi
" Orang yang beriman akan berasa gelisah bila melakukan dosa"

Kata-kata dari artikel iluvislam(lupa title artikel tu)
"Manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa. Justeru, orang yang ditarbiyyah akan memilih dosa yang paling kecil jika tidak mampu melawannya"


Khayalan itu datang lagi. Resah gelisah dek dosaku hari-hari yang aku sendiri sedar melakukannya. Ibadat ku akui pincang sekali. Meskipun saban 1/3 malam ku berkhalwat bersamaNYA. Mulut yang basah dengan zikrullah. Mampukah aku bertahan? Ke manakah hilangnya kualiti ibadatku? Sembuhkanlah hambaMu ini..


Ya Rabbi
ampunkanlah segala dosaku 
maafkanlah, kejahilan hambaMu 
Kusering melanggar laranganmu 
Dalam sedar ataupun tidak 
Kusering meninggalkan suruhanMu 
Walau sedar aku milikMu 

Bilakah diri ini kan kembali 
Kepada fitrah sebenar 
Pagiku ingat petang ku alpa 
Begitulah silih berganti 

Ya Rabbi
Kau pimpinlah 
Diri ini Yang mendamba cintaMu 
Aku lemah Aku jahil 
Tanpa pimpinan dariMu 

Ku sering menghadapMu 
Sering jua kumemungkiri 
Ku pernah menangis keranaMu 
Kemudian ketawa semula

Ya RabbiKau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun 
Kepada hamba-hambamu 
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku 

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu 
Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu 

Kutakut kepadaMu 
Kuharap jua padaMu 
Mogaku kan selamat dunia akhirat 
Seperti rasul dan sahabat

2 comments:

salam, badura. kite suke post ini! =)

w'salam
syukran tasneem
lama xtnya kabar..buat pe skrg ni??

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More