create your own banner at mybannermaker.com!

November 15, 2010

Al-kisah

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah sudah 6bulan aku meninggalkan alam kampus. memori lama amat bermakna untukku. Sekarang rumah anak yatim ini sebagai pilihan ujianNYA untukku. bak kata Ustaz Hj Hadi dalam seminar Pas bersedia menggantikan UMNO

"Wahai orang-orang beriman bersabarlah dalam menghadapi rintangan dan berjuanglah di mana sahaja kamu di tempatkan."  

Mungkin di sini lah tempat yang seterusnya untuk aku berjuang. Aku akui lain tempat lain ujiannya. Ujian dari NYA amat hebat sekali. terasa berkali-kali aku tersungkur. "Pengajaran apakah kali ini?" itulah persoalan bermain difikiran sekarang. 


Kata ayahanda
"inilah perjuangan untukmu sebenarnya. rumah itu ibarat satu kerajaan yang sedang mengalami kemerosotannya dan engkau di antara ahli dalam parlimen itu. so, what should you? sama ada bagi kerajaan itu kepada orang lain atau berundur diri?"

Terdiam dek kata-kata daripada ayahanda. 

Sepanjang berada di sini pelbagai pengajaran, situasi dan macam-macam lagilah menyebabkan aku berfikir sendirian malah ketika menerbangkan PDX sekali pun. Memang itu impianku..diri ini semakin berkobar-kobar untuk dirikan sendiri rumah kebajikan anak-anak yatim bila menonton TERATAK HARAPAN rancangan tv3 meskipun cita-cita ku ingin menjadi lawyer.


RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.


Ya Rabbi, semoga kehadiran ku ke sini mampu menyumbang sesuatu untuk agamaMu..walaupun kudratku tidak mampu mengalahkan musuh agamaMU.Semoga kudrat yang dianugerahkan ini mampu menyukarkan kemenangan mereka.Ya Rabbi..jika ini adalah jalanMu untukku..yang baik untuk agamaku..jalan yang akan membantuku berjuang untuk ke syurgaMU..maka Kau permudahkanlah urusanku..


Kisah 1


Kehadiran seorang ibu atau nursing atau membahasakan dirinya sebagai K.tie ke pejabat hari itu menyebabkan aku berfikir sendirian. Sebagai seorang nurse pastinya dia berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.


"tidak mustahil suatu hari nanti akan wujud nursery untuk parent", bait-bait ayat keluar dari mulutnya menyebabkan aku tertarik untuk bercakap panjang dengannya. 

Aku bermonolog "ah! begitu sibuk sekalikah manusia di zaman ini".


Masyarakat kita terlalu ignorance terhadap satu sama lain. Iaitu tahap kepedulian dan busy body jenis positif amat kurang berbanding busy body jenis negatif. Ketidakpedulian manusia zaman ini dek kesibukan masing-masing mampu menjadi penyebab kepada masalah. Manusia yang bertuhankan wang mampu melakukan apa sahaja. Kepenatan bekerja mampu menyebabkan kita melupakan segalanya.

Aku akui. Even aku adalah pendatang baru. Selepas seharian bekerja pastinya kita memerlukan rehat yang secukupnya. Bila sampai rumah kepenatan di wajah melupakan kita tentang jiran-jiran di sekitar. Sudah makankah dia? Sihatkah dia?Sedangkan itulah yang dituntut dalam Islam. Hak jiran. Walaupun kita adalah suri rumah pastinya kerisauan untuk menegur jiran yang seharian bekerja membantut kembali niat itu. 

Jika andalah di tempat itu, bagaimanakah untuk menyelesaikan perkara ini? Bagaimanakah cara untuk mengembalikan semula kehidupan cara Rasulullah dan sahabat-sahabat yang berhari-hari berperang masih mampu memikirkan tentang hak jiran?

Kisah 2

Cerita seorang ayah tentang anaknya pada petang itu di office mengejutkan aku. 

Pernahkah kalian melihat video "Dosa dan pahala di Facebook @ 24jam dosa kerna FB"

Mungkin itu hanyalah sedikit pendedahan tentang dosa di FB. rupa-rupanya ada lagi permasalahan kerna FB. kerna FB yang dicipta mampu berfungsi lebih daripada social network, application, bussiness or something basic that we know. MasyaAllah. dan yang terbaru yang aku ketahui bahawa emel akan dimatikan kerna FB. Hebatnya akal Mark Zuckerberg . boleh baca di sini.

Actually aku pun tak pasti apa lagi functions FB ni.so susah sikit nak cerita lagi detail. just aware ok. set in your mind bahawa FB ini sebenar adalah salah satu senjata Yahudi untuk memusnahkan orang Islam. So jangan ketagih sangat dengan "natang" ni.

Actually FB ni apa untuk anda?

Salam Baitullah

1 comments:

Salam, terima kasih kerana berkongsi tentang post ni. Pasal emel bakal pupus tu memang kejam! Tak semua orang boleh chatting kat fb. Emel semestinya penting. Ya, saya pun mengingat-ingatkan diri supaya tak ketagih sangat dengan fb. Thanks Badura.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More