create your own banner at mybannermaker.com!

October 04, 2010

Usia itu umpama HARTA


Suku abad menarik nafas di bumi Allah, suatu tempoh yang cukup panjang. Biapun ada yang berkata usia itu belum lagi mampu membaca segala isi dunia, belum lagi cukup mendakap setiap peluang yang tersedia. Namun, tempoh itu benar-benar buatkan saya merasakan bahawa dunia ini sememangnya menguji kehendak dan pilihan. Keinginan yang banyak terbentang tanpa sempat disekat. Kadang mengalir bagai air hujan yang mencurah lebat di atas takungan tinggi.

Melalui saat-saat itu, saya juga sama seperti kalian, menggunakan segala deria untuk mentafsir keinginan yang datang. Kadang-kadang bunga-bunga gembira berterbangan di setiap kelakuan tika tindakan yang hadir sangat menyenangkan. Bersama rasa girang dalam jenaka, rasa gembira dalam ketawa. Melihat wajah-wajah tercinta tersenyum bahagia. Melihat keputusan yang diimpikan tersedia dalam genggaman, bersyukur dalam takbir atas kurnia. Menerima khabar indah menyinari hati lantas menghilangkan gundah. Semuanya menyenangkan hati. Menyinari fikiran lantas membuahkan bahagia.

Namun, hidup ini takkan kaku dengan ujian. Sering tumbuh pohon-pohon duka si sebalik bunga-bunga bahagia. Seusai menikmati wanginya bau kuntuman-kuntuman zahra, berlari-lari dalam khayalan bahagia di kebun indah bahagia, tiba-tiba terpijak duri derita. Kaku. Lantas terduduk dalam kesakitan. Duri-duri itu menusuk halus. Pedih. Menjalar kesakitan menyentuh saraf menegang otot, melumpuhkan sendi lantas mengalir air jernih dari kelopak mata menterjemahkan rasa. Hilang senyuman disebailk tangisan. Bergetar bibir menahan sakit. Berguguran bunga di tangan terlepas jatuh ke tanah dan bertaburan. Darah mengalir menitis ke tanah. Mematikan rasa tenang. Tiada lagi senyuman…yang hanya ada keluhan. Hilang sudah terang yang indah, timbul gelap yang kelam.

Hakikat hidup ini, berselang seli antara keduanya. Nikmat dan ujian. Tenangnya rasa bila menghidu wanginya bunga, namun tanpa redha, diganti dengan pedihnya duri menikam halus tapak yang memijak bumi memakan habis rasa senang. Terang kemudian berganti gelap. Inilah hakikat kehidupan, sedang Dia sering mengkhabarkan perhatian dalam QalamNya

“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang SABAR”~ Al-Baqarah;155

Kenapa ‘orang-orang yang sabar’?. Kenapa tidak ‘orang-orang yang berusaha’? atau ‘orang-orang yang bahagia’? Kerana hanya sabar pengubat kesakitan saat ditikam duri tajam, kerana hanya sabar yang membuka tirai untuk hati melihat ketentuan tuhan. Andai tiada rasa sabar, fikiran memberontak mencari salah tuhan ‘kenapa harus aku hilang haruman bunga dan diganti dengan duri tajam yang menyakitkan?? berulang-ulang akal mempersoalkan hakikat ujian. Sedangkan hanya sabar melegakan tekanan, dan hanya sabar mendidik hati melihat kasih sayang tuhan disebalik kesakitan.

Sabar itu subur andai ditanam dengan jujur…lantas membuahkan benih ikhlas..Iklas menerima kesakitan. Menerima penuh redha kerana inilah tuntutan. Ikhlas hadir sesudah sabar. Tiada ikhlas tanpa sabar. Dan indahnya sabar andai disusuli dengan ikhlas. Tenang dalam kesakitan, kerana benih sabar sedang ditanam. Kemudian akal mengingatkan bahawa apa-apa yang terjadi ketentuan dari tuhan. Kerana tiada daya dan upaya tanpa tujuan, kecuali diselitkan hikmah dan penyampaian yang terselindung di sebalik rasa bertuhan. Firman dalam Qalamnya menuturkan…

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata,” ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka” Ali-Imran;190-191

Lantas, berbuah ikhlas tanpa sedar. MasyaAllah, beruntungnya mereka yang tergolong dalam keadaan orang-orang yang beruntung. Sedang orang-orang yang beruntung itu tak terlahir dari rasa Ikhlas, dan ikhlas itu tak terlahir dari rasa sabar..dan sabar itu tak terlahir dari merasakan ujian itu suatu teguran bahawa hidup ini tak harus selamanya dalam nikmat yang menyenangkan. Sesekali harus diingatkan, sesekali harus jiwanya digoncang, sesekali harus merasa kesakitan sebagai bukti bahawa setiap kelakuan ada pemerhatian. Biarpun bahagia dengan haruman bunga seluruh taman, sebagai ingatan bahawa di celah-celah kuntuman ada duri tersedia menikam perjalanan andai tersasar tanpa rasa bersyukur pada tuhan..

Hukama’ menuturkan kata-kata ingatan “ Barangsiapa yang ada padanya tiga perkara maka sempurnalah akalnya iaitu yang BENAR dan IKHLAS berbuat ibadah kepada Allah swt, dan golongan berbuat kebajikan dan berbaik hati keatas semua makhluk dan hamba Allah swt serta SABAR dalam memberatkan dirinya pada pahala dan bala
Jalan penyelesaian yang Allah selitkan di setiap QalamNya, jadilah hambaNya yang bersyukur, menggunakan nikmat yang tercurah dengan penuh syukur. Boleh jadi bunga yang kita nikmati harumannya bukan hanya untuk kita, tapi perlu ditiup benihnya dan disebarkan baunya juga untuk orang lain. Biar orang lain juga berhak tersenyum bahagia seperti kita. Bersama rasa syukur mengharapkan berkat dari Sang Pengcipta..
Sungguh….
Hidup ini bukan untuk dinikmati..tapi untuk disyukuri...

2 comments:

thnx kak.. Allah yubarik fik ya ukhtiey!
kena banyak bersabar lpas ni..
doakan zin tak hanyut dengn dunia yg fana ni..

terhanyut dgn dunia adalah nikmat dunia..sedangkan jahiliah itu suatu kebahagian...

pinta supaya diminta kesedaran dan ketetapan hati dalam ketaatan kpdnya...wallahua'lam

syg xsempat nk rasa mcmn bergerakerja dgn zin..huhu..semoga berada dalm redha nya biarpun di mana zin berada..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More