create your own banner at mybannermaker.com!

October 31, 2010

Sekolah kehidupan

Bismillahirahmanirahim...

Sehari-hari dalam hidup kita tanpa sedar atau tidak kita menjalani satu proses yang amat tersusun rapi. Penuh dengan sistem dan peraturannya. Inilah yang saya namakan sekolah kehidupan

Sekolah kehidupan, sebagaimana sebagaimana sekolah-sekolah yang pernah kita lalui dalam hidup kita. mempunyai peraturan dan sistem yang tersendiri dan unik. Dan juga tidak terlepas dari denda serta ganjaran atau awards.

Begitulah juga dengan kehidupan. ada pahala dan dosa..pembuat pahala pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak. dan pembuat dosa nantilah azabnya.Sesungguhnya Pencipta kita telah mengaturkan segala-galanya sebelum mencipta makhluk-makhluknya. 

Keringanan solat dari 50 waktu hanya disyariatkan menjadi 5 waktu sahaja. kerna Dia lebih mengetahui kemampuan hamba-hambanya. 



buka minda anda, anda akan dapat pelajaran baru dari alam! Sungguh mengagumkan..Oleh itu bersiap siagalah untuk menerima pelajaran dengan melapangkan dan membuka minda. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku dalam hidup sudah semestinya mengandungi hikmah dan pengajaran serta pembelajaran. Samada kita fahami atau tidak. Yang paling penting, jangan melawan KERETAPI KEHIDUPAN..

Maksud Hadith Rasulullah:
"Hiduplah di dunia seolah-olah anda adalah pengembara yang merentas perjalanan (permusafiran)"

Dunia ini ibarat seperti pembikinan filem/drama. Ada pengarahnya, pelakonnya. Jika kita menjadi artis terkenal maka pengarah akan memanggil lagi untuk berlakon. ingatlah dunia ini diciptakan untuk kita. Segala isinya adalah dimanfaatkan oleh kita. begitulah juga dengan seluruh alam semesta. Alam ini dijadikan dengan penuh peraturan dan sistemnya bertujuan untuk mentarbiyyah kita. 

Pelajaran Sekolah kehidupan akan mengekori kita ke mana sahaja kita pergi. Tidak kira masa atau tempat. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi bukanlah suatu perkara yang boleh dielak. tetapi ianya perlu dihadapi dan difahami. 

Kita hidup di dunia bukan untuk DIHUKUM tetapi DITARBIYYAH. Bertindaklah dengan setiap peristiwa ada hikmahnya, barulah hidup kita ada tujuan dan penuh kebahagian. Fikirkan mengapa kita memerlukan sesuatu pengalaman itu, ambil indakan menguasainya maka kita tidak akan memerlukannya lagi? Alam semesta ini akan memberi ganjaran kepada setiap usaha yang dilakukan, tetapi bukan kepada alasan yang dilontarkan. Ingatlah orang yang bahagia bukan hanya menerima perubahan malah mengalu-alukannya."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum itu, sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

"AGI HIDUP AGI NGELABAN "  

Sukses adalah proses. Semakin pandai semakin besar ujian. Semasa kita berada darjah satu ujiannya berkaitan ABC..Kemudian naik darjah dua, darjah tiga dam seterusnya. Kertas peperiksaan bukan berkaitan ABC lagi..apa itu nitrogen? Hikmah belajar fiqh syariah dan sebagainya. Tika itu barulah kita tahu bumi rupa-rupanya berbentuk sfera. itulah DISIPLIN KEHIDUPAN

Hidup berlangsung secara perlahan-lahan tanpa kita rasai atau sedari. 
Kata Imam Al-Ghazali
" Manusia hidup di dunia ini ibarat sedang diulit lena yang panjang, apabila mati barulah terjaga"

Apabila kita mengubah kepercayaan tentang dunia ini, hidup kita pasti akan turut berubah sama ke arah itu. Berhati-hatilah dengan kepercayaan PATUT
- orang PATUT membalas budi
- orang PATUT memujiku
- majikanku PATUT memberi penghargaan kalau hasil kerjaku bagus
- orang Patut bertimbang rasa

Senarai Patut ini munasabah. Walaubagaimanapun kepercayaan bercorak PATUT tidak akan menolong kita kerna realiti tidak mengenal erti "PATUT". layarilah hidup ini seada-adanya.

"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia mat baik bagimu" surah al-baqarah ayat 216

Dalam buku La Tahzan: HARI INI HARI ENGKAU

"Jika engkau berada di waktu pagi, maka jangan tunggu petang. Jika engkau berada di waktu petang, jangan tunggu pagi"

"Apa yang telah berlalu tidak akan kembali, masa depan juga suatu misteri. kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana anda berada sekarang"

Don't high expectation..cause high frustation..

"(Ketetapan Yang Demikian) Supaya Kamu Jangan Berdukacita Terhadap Apa Yang Luput, Dan Supaya Kamu Jangan Terlalu Gembira Terhadap Apa Yang Diberikan-Nya. Dan Allah Tidak Menyukai Setiap Orang Yang Sombong Lagi Membanggakan Diri..."
(Al Hadid: 23)

Misi dalam hidup bukanlah untuk mengubah dunia, Misi dalam hidup adalah untuk mengubah diri kita sendiri.


" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"-Harieta Wahab

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More