create your own banner at mybannermaker.com!

October 30, 2010

Mengintai CINTA KHALIFAH 3

TeKa TeKi UsTaZ 



Alhamdulillah, syukur pada Allah atas setiap limpahan rahmat dan ujian Nya buat hamba. Moga kedatangan mehnah menjadi penghibur dalam merentasi perjuangan.Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin. 


Lewat hari, soalan teka-teki dari Ustaz benar-benar 'menduga' akal yang dangkal. Ilmu secetek-ceteknya dibandingkan dengan ustaz, faQir gagahkan juga minda bergerak seiring iman senipis bawang. Subhanallah! Tidak mudah 'bergaul' dengan mereka yang ahli dalam agama. Masakan tidak, salah sikit aje denda nya dah pun sangat memeningkan kepala. Kalau Ustaz Saif, tak habis-habis nak rotan faQir. Ustaz Mar nak suruh berceramah. Ustaz Lah dengan tazkirah rohaninya. Yakin dan pasti... Mereka sayangkan fikrah ini agar tak beku di bawa rentetan dunia yang semakin ganas dengan fitnah. Syukran! Suka sangat 'kena denda', sekurang-kurangnya kelemahan diri dapat dikenal seyakin dan pasti. Hohoho... Tapi tak juga faQir berubah jadi budak baik, sokmo jadi 'budak nakal' yang selalu usik muallimi kala mereka memberi 'kuliah perdana'.  


Ya Allah, Engkau yang membolak balikkan hati manusia... Jangan pesongkan hati ini setelah Engkau berikan hidayah. Terimalah taubatku ini ya Allah. Ampunkanlah hamba Mu ini... Jangan biarkan diri ini jatuh di lembah hina. Izinkanlah hati ini berlabuh ke muara cinta Mu agar aku tak lalai dengan nikmat dunia yang kecil ini. Izinkan aku merindui Syurga Mu, syurga Firdaus ya Allah. Dorongkan jiwa ini untuk sentiasa dekat dengan Mu, hanya Engkau lah sandaran harapan. Istajib doa ana ya rahman ya rahim...

Teka-teki dari Ustaz Faiez yang tak pernah lelah berteka-teki dengan faQir... Kali ini, benar-benar mencuit iman, menggelegak minda berputar-putar mencari jawapan yang tepat (setidak-tidaknya paling hampir). Pakar rujuk yang ada, hampir semuanya ditanya untuk membantu menyelesaikan teka-teki yang 'unik'. Kepastiannya, soalan dan jawapan di ambil dari sebuah kitab tauhid. Terduduk! Termenung! Soalan simple tapi jawapannya bukan 'olok-olok', perlukan suntikan halawatul iman pada fikiran yang terawang-awang. (Padan muka, cari pasal lagi...)

Image

Antara WAJIB, SUNAT, MAKRUH dan HARAM. Mana yang paling 'berat' berserta sebabnya sekali?  

Itulah soalan ustaz. Nampak 'simple' sangat. Kalau ditanya mana yang 'berat' memang semuanya berat. Eh, itu kata hati, apa pula kata iman dan apa pula kata syariat Allah? Yang lagi berat bila nak sebabnya mengapa  faQir katakan ianya PALING berat. Jawapan yang terlintas.. Pelbagai versi. Ini antara jawapan-jawapan faQir, kalian nilaikan lah. Moga-moga boleh membantu faQir dalam mendapatkan jawapan yang lebih tepat. Tafaddhal. 

Jawapan versi pertama:
(Yang terlintas secara automatic selepas dapat teka-teki) Bagi orang yang berilmu, insya Allah mereka menjaga halal dan haram sesuatu perkara. Dan selalunya, orang terlepas pandang atau tidak berapa kisah dengan perkara-perkara sunat. Jadi, yang sunat lah yang paling berat kerana orang jarang memberatkannya. Wallahua'lam.

Jawapan pelbagai versi:

[1] Antara wajib dan haram, wajib lebih berat sebab yang haram boleh gugur dalam darurat. Wajib pula kena qadha kalau tak dilaksanakan.

[2] Haram pun berat sebabnya zaman sekarang ni orang campur adukkan halal dan haram, belum lagi hal-hal syubhah... Jadi, haram pun berat.

[3] Antara yang diberi, hukum HARUS yang tak de nih... (TQ ustaz firdaus yang mengingatkan)

[4] Kalau orang yang WAJIB dan HARAM pun tak dapat nak menjaga, macam mana dia nak menjaga hal-hal yang lain. Solat pun terkontang-kanting, macam mana dia nak syadid dalam urusan yang lain sedangkan amalan yang pertama akan disoal adalah solat.

[5] Halal dan haram terang dan jelas hukumnya, implikasinya lebih besar kerana dalil-dalilnya sangat jelas. Sunat dan makruh pula, implikasinya lebih kecil. Itu pendapat ukhti Syifa'..

[6] Semua hukum-hukum (wajib, sunat, makruh, harus dan haram) sememangnya berat kerana ianya hukum yang datang dari Allah. Tak boleh sewenang-wenangnya nak buat main-main, orang kata ambil ikut keperluan. Semuanya jadi berat bila kita meringankannya. Dan jadi senang bila kita beratkannya, bukanlah sampai menyusahkan diri kerana Islam tak suruh pun umatnya jadi susah atau menyusahkan. Islam itu mudah, syumul. Kalau kita ikut dan jaga hak Allah, insya Allah, hidup ni mudah. Ini pendapat Ustaz Marwan.

Jadi, apa yang PALING BERAT? Sangat mencabar teka-teki kali ni..

Lastly..conclusion dari ustaz..Jawapan yang paling berat dan apa yang ana nak ialah SUNAT. Dalam kitab Misbahul Munir, satu kitab Tauhid menerangkan bahawa setiap orang yang baik (nilai diri masing-masing) ialah mereka memberatkan perkara sunat (tapi tak pula meringankan perkara halal dan haram). Kita selalunya berat nak laksanakan perkara sunat, contohnya tahajud. Solat 5 waktu bab lain, itu perkara wajib. Perkara-perkara sunat ni memang kita BERAT nak BUAT.

Itulah sikit sebanyak jawapan yang dikehendakinya. Alhamdulillah. Tembakan jawapan pertama hampir nak tepat tapi tersasar pula bila mengarut sikit... Huhu. Syukur... 

Benarlah kata orang,
Nak belajar jangan hanya pada seorang guru sebaliknya bergurulah dengan beberapa orang supaya kita dapat membandingkan jawapan satu dengan yang lainnya. Syukran pada semua sahabat dan pastinya buat ustaz Faiez kerana memberi soalan begini. Dari pelbagai versi jawapan dan penerangan yang diberikan sahabat-sahabat yang pastinya penuh dengan ilmiah benar-benar memberi ruang pada hati untuk mendongak dan menilai betapa indahnya Islam, memberi peluang kepada hati untuk tunduk bertadabur bahawa ilmu itu tidak hanya statik.

Cerita pasal denda yang selalu cari pasal, tempoh hari di denda baca 1 juzuk al-Quran... Hmmm... Difikirkan, itu kali pertama. Warning lagi. Kalau buat lagi, maka 2 juzuk Quran dan begitulah seterusnya. Ku fikir sejenak, kalau kesalahan kali ke-30? Nak kena baca 30 juzuk al-Quran?  Oh, boleh! Baca saja 3 Qul... Selesai 1 Quran (30 juzuk) 

(Huh, dalam kena denda pun ada misi nak buat hal lagi? Ampunnnnnnn!) 


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More