create your own banner at mybannermaker.com!

October 19, 2010

Masih berkira-kira lagi


Ibn Mas'ud berkata 
" tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu"

duhai diri..
 bertanyalah pada diri
sehingga sekarang sudah berapa kali engkau khatam Al-Quran
antara fb dengan Al-Quran yang mana dulu engkau mengadap
bila hari terakhir dirimu Qiam
bermula engkau pandai solat
surah apa yang selalu engkau baca
sedangkan ada 114 surah yang boleh dipilih
dan apakah bacaan doa mu selepas solat



Alangkah indahnya masa mu yang digunakan untuk facebooking digunakan untuk berjumpa adik-adik usrah
biarpun sekejap cuma
siapa tahu
masa yang sekejap itu mampu menambat hati-hati mereka
terpikat dek usaha naqib/ahnya
siapa tahu masa yang sekejap cuma adalah mukadimmah untuk pertemuan seterusnya
bertanyalah pada diri adakah di masa depan dirimu tidak sibuk seperti hari ini?
dan bertanyalah pada diri adakah hari esok masih ada lagi?

tidak patut sekiranya aku membandingkan antara kesibukan masa mu dengan masa Rasulullah
sedangkan masa baginda untuk berdakwah dan menuntut ilmu
sedangkan dirimu memikirkan tentang exam, test,assignment
sedangkan zaman Rasulullah semua itu tidak ada
method perjuangan Rasulullah dengan dirimu amat berbeza sekali
tetapi matlamat kita masih sama
sama-sama ingin mendaulahkan AGAMA ALLAH
setiap kali dirimu cuba membuka kitab pasti tergiang-giang akan exam dan assigment 
pastinya dirimu berkira-kira antra buku rujukan dengan buku agama, buku haraki,
sedangkan Rasulullah tidak perlu memikirkan itu semua
kata bijak pandai " dakwah no 1, tapi pelajaran bukan no 2"
haru-biru engkau dibuat nya

tetapi alangkah indahnya jika masa untuk engkau berbual kosong, facebooking, tidur dihabiskan untuk buat assigment, baca apa yang patut biarpun due date nya lambat lagi
tika ini engkau berkira-kira lagi?

berkata al-hassan al-basri "sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!"




bertanyalah pada diri..ke mana masa mu dihabiskan pada hari ini?

duhai diri
engkau bilang
facebook,friendster, myspace,games hanyalah penghibur diri
tika itu aku tertanya-tanya
beginikah seorang pemburu syahid menghiburkan dirinya?

Rasulullah bersabda 
"Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring"

dan engkau pemburu Mardhatillah pasti tahu kan ayat ini?



firman Allah .."intansurrullah hayansurukum.."..maksudnya.."bantulah Agama Allah nescaya Allah akan membantu kalian"..sadaqallahul'azim...jadi sama2lah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hambanya disamping tidak lupa beribadah kepadaNya..


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)




Letih. 
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun, adakah wajar untuk kita letih?

Sebanyak mana usaha kita andai dibandingkan usaha pendokong-pendokong islam lain. Berapa banyak usaha kita ini berbanding usaha Tok Guru Nik Aziz yang mencecah beberapa dekad. Layakkah kita untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba kita redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk kita kecewa? Sedangkan Tok Guru Nik Aziz yang ditolak oleh orang yang pernah bekerja dengannya(kickdefendall) pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah kita untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah kita untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah kita dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diri kita.
Sedangkan mereka pun penuntut seperti kita..

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?




Maulana Iqbal: “Jika ingin melihat keadaan sesebuah masyarakat pada masa kini lihatlah pada akhlak golongan lelakinya pada masa kini. Tetapi jika ingin tahu keadaan masyarakat itu pada masa hadapan, lihatlah pada akhlak golongan perempuannya pada masa kini.”

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More