create your own banner at mybannermaker.com!

October 06, 2010

Ke mana hilang kuasa suami??


Susahkah lelaki nak masuk syurga??

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan nikmatNYA. Alhamdulillah diberi juga kesempatan lagi untuk menaip lillahitaala. Semoga kata-kata ini tidak menjadi suatu kontroversi tetapi menjadi suatu pembuka mata hati. banyak post/ article yg berkaitan dgn wanita dan syurga.. Sehingga ada post yang membicarakan tentang jenis wanita yg masuk neraka. kl tgk dlm fb ni pun byk pages yg berkaitan dgn muslimat.

Surah an-nisa ayat 32 
Maksud;
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada  bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”


Biarpun previous, diri ini pernah discuss isu ni…http://www.facebook.com/note.php?note_id=421495278049..
Tetapi sekali lagi terpanggil utk meneruskan penulisan disebabkan 1tragedi di tempat awam.
sekadar gambar hiasan dan realiti

Al-kisah, seorang suami tersinggung akan teguran seorang muslimah terhadap pemakaian isterinya..tetiba si suami berubah menjadi wara’ menegur wife nya ttg cara pemakaian wanita. (Aku tertnya sendri..adakah ilmu mereka hanya blh diguna ble wanita lain menegur isterinya?)
1) Adakah sebelum2 ni si suami tidak menegur isterinya?
2) Tunjuk macho bahawa dia pun tahu batas2 aurat wanita? 

surah al-baqarah ayat 228 ada menyatakan
Maksud:
“Dan mereka (para perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut. Tetapi para suami mempunyai kelebihan  di atas mereka”.

الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما انفقوا من أموالهم فالصالحات قانتات حافظات للغيب بماحفظ الله      -النساء 34 
Maksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) dari sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri dibelakang (pengetahuan) suaminya oleh kerana Allah telah memelihara ( mereka)”.  

Qiwamah dalam arti kata kepimpinan perlu kepada kepatuhan dan ketaatan. Tiada erti pada qiwamah jika tiada ketaatan. Dalam konteks keluarga suami yang diberi hak qiwamah mestilah mendapat ketaatan daripada seisi keluarga, terutama isteri. Jika isteri ingkar, di sinilah timbulnya isu nusyuz. Ketaatan kepada suami bukan atas dasar ketinggian darjat dan kedudukan suami berbanding isteri, tetapi atas dasar qiwamah.  

Sedarlah wahai adam sekalian
Jangan persalahkan wanita jika tidak tahu memasak.. sedangkan diri sendiri masih terkapai-kapai ketika diminta menjadi imam. 

gambar sekadar hiasan dan realiti

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”

Jangan Sia-siakan
Sedangkan kalian bertungkus lumus mengerjakan ibadat padaNYA. Bermati-matian berjihad di jalanNYA. Mengorbankan harta, tenaga, masa kernaNYA. Tetapi kerna SAYANGkan golongan seperti kami menjadikan ibadatmu,pengorbananmu,jihadmu sia-sia sahaja.
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh kerana itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita.

Wahai asshabab, (pemuda)
Laksanakanlah tanggungjawabmu,Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...
Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..
Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan shaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...
Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...
Duhai shabab..
Sesungguhnya,
 kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...
Oleh itu, 
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar


Duhai wanita
hebat sungguh dirimu
Di dunia mahupun di akhirat
Engkau disanjung tinggi oleh ISLAM
Sedangkan diri berasal dari tulang rusuk ADAM

Duhai wanita
Hargaiilah pemberian tulang rusuk itu
untuk melindungi hatimu
Maka serahkanlah hati itu pd yg selayaknya

Rasulullah bersabda:"ingatlah,dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging.Kalau segumpal daging itu baik,maka akan baiklah seluruh tubuhnya.Tetapi bila rusak,niscaya akan rusak pula seluruh tubuhnya.Segumpal daging itu bernama :qolbu!"(HR.Bukhori dan Muslim)








- MEMILIKI SYURGA DUNIA -

Rumah tangga itu syurga dunia jika kau bijak mencipta kebahagiaannya, sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu menyebabkan kau terbeban melaluinya...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More