create your own banner at mybannermaker.com!

August 23, 2010

Komen

Bismillahirahmanirahim....

terlepas untuk aku mengucapkan SALAM AL-QUDS..sedangkn harinya pada 21hb yg lalu..xpela asal ada dr tiada..

Komen 1

Akhir-akhir ini isu pembunuhan babi acap diperdengarkan..Macam komen aku baca dari sengenap pelusuk dan bermacam2 pandangn dari makhluk bernama manusia(pndgn itu pun berdasarkan perngai mereka)


Ngeri tengok gambar-gambar ni..sedih pun ada...adakah ini musim nya??bulan feb engkau mengawan...myb bulan ni bulan menetas..Di sana sini kita tgk hospital bergerak(dustbin, longkang).. "adakah itu tempat kami mula-mula mengenal dunia"(rintih si kecil jika mereka mampu bersuara).

"Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa ".


Bila baca article ni, teringat akn pgrm yg aku pernh handle dulu..under Briged Consultant..pgrm tuk student bermasalah.dalam menghandle phrm motivasi ni psikologi paling penting..nak kata aku ada skill tu wallahua'lam...tp alhamdulillah rahsia yg perlu kami tahu berjaya dibongkarkan. Dalam mnyelesaikan masalah perlu kita tgk real problem.

Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.(bak kata Pahrol)


Presenting problem yg kami nampak masa mula2 melangkah ke sekolah tu students amat biadap sekali neither dgn tetamu nor tuan umah sendiri(cikgu2 mereka la). Dipendekkan cerita after slot muhasabah, baru lah peserta2 bersedia berkongsi cerita dengan kami.


"Akak, sebenarnya dia(si K) dah TERLANJUR", bisik seorang peserta (si P)pada aku.


"Patut la, ustazah *** tu marah sangat dgn bdk tu"aku bermonolog.


Sedikit demi sedikit cerita dibuka oleh si P tu. tapi pada aku semua itu hanyalah presenting problem. what the real problem?aku perlu menyelami si K.


Aku mula mendekatkn diri dengan group si K..tp dh lupala mukadimah modal cakap..hurm


.si K memulakan cerita.


"Saya pun tak tau la kak. lepas kejadian tu baru saya sedar. Sebenarnya saya hanya memprotes tindakn mak gan abah saya. Selepas tu saya terjumpa si dia kat bus stop. saya tertarik dengan cara bicaranya. sopan santunnya. Dia baik sangat sangat kak dengan saya".


"Baik sangat ke?Kenapa awak kata dia baik."(dah memang itu keje aku sbgai fasi)


Si K menunjukkan gaya seperti orang tengah berfikir.


"sebab dia selalu tolong topup untk awk ke"(aku cuba korek lagi)


HANYA KERNA TOPUP RM5 si K telah merendahkan nilai daranya.subhanallah...


~pada aku si K sedang mencari kasih. si K sedang berhadapan GELAP DALAM GEMERLAPAN CAHAYA.






Komen 2


Jika hukuman buang bayi mahu diketatkan, peruntukan oleh PERLEMBAGAAN MALAYSIA tahun 1984 bagi hukuman di mahkamah syariah WAJIB dipinda. Kerana zina & khalwat di bawah peruntukan itu, maksimum hanya adlh RM5k, 3thn penjara & 6 kali sebatan. Ketawalah penjenayah!. Itu terlalu outdated. Bukankah itu punca kepada buang bayi?.


Secara dasarnya, aku bersetuju tindakan membuang bayi sehingga mati dikategorikan kes bunuh @ niat ingin membunuh. Justeru, wanita itu boleh menerima hukuman mati, namun jangan lupa si lelaki penyebab, dia juga sama. Juga setuju tindakan JAKIM MELARANG penggunaan nama Bufet Ramadan bagi Hotel & Restaurant yg tiada pengesahan halal.



Juga setuju perogol kanak2 dikenakan hukuman lebih berat dari yg sedia ada (=iaitu x lebih 30 thn penjara), jika kanak2 itu mati, hukuman mati mesti dikenakan. Jika tiada kematian, hukuman mesti lebih berat dari diatas. Disamping hukuman, prog pemulihan minda penjenayah & sistem polis utk menjejaki penjenayah juga perlu peningkatan. Hukuman ketat perlukan siasatan yg jitu, jika tidak, kesannya tidak akan kelihatan.





Komen 3


Barulah aku perasan.. aku tersilap setting comment blog aku rupanya..tambah2 lagi aku tak sediakan chatbox utk blog aku..huhu..patutla no comment bcoz not alowwed..

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More