create your own banner at mybannermaker.com!

August 23, 2010

Berjayakah kita?

Bismillahirahmanirahim...


sudah 13 ramadhan karim menghitung hari. Tapi terasa diri belum banyak perubahan. Sedangkan tak sabar-sabar menyambut kedatangan.

Aku menasihati diriku dan kalian. Sesungguhnya 1/3 telah berlalu! Dan 1/3 adalah banyak. Bagaimana amalan pada 1/3 yang lalu?
Masa terlalu suntuk untuk lemah dan bermalas-malas. Bangkit segera! Rungkaikan selimut kerehatan!
Ramadhan sedang bergerak pantas meninggalkan sesiapa yang malas!
Ketepikan kemalasan!
Nyahkan kelemahan!
Kejar keampunan!
Buru ketaqwaan!
Penatkan badan dalam ketaatan!

Wahab bin Munabbih berkata: Sesiapa yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah, akan bertambah kekuatannya. Dan sesiapa yang bermalas-malas, dia akan bertambah lesu dan lemah.

Thabit al-Bannani berkata, seorang ‘abid berkata kepadanya: Apabila aku tidur, lepas itu aku terjaga, kemudian aku cuba tidur kembali, Allah tidak tidurkan mataku lagi.Beliau menambah: Tidak dinamakan seseorang ‘abid itu ‘abid sekalipun terdapat padanya semua aspek kebaikan melainkan dia memiliki dua ciri: puasa dan solat. Kedua-dua ciri itu merupakan sebahagian daripada darah dan dagingnya.

Abu Ishak as-Subai’ei menderita sakit, seluruh anggotanya lemah selama dua tahun sebelum menemui ajalnya. Dia tidak berupaya untuk bangun tanpa pertulungan orang lain. Apabila dia sudah berdiri tegak (dengan bantuan orang lain), dia memulakan solat, membaca 1000 ayat dalam keadaan berdiri!
Subhanallah! Alangkah malunya kita.

Mari sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya Ramadhan yang masih berbaki 2/3 dengan berpuasa dalam erti kata yang sebenarnya, qiamul-lail, tilawah, istighfar, sedekah, menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa, menghubungkan silatul-rahim, berdakwah dan lain-lain.
Mari tingkatkan iman dan taqwa, gandakan amal, jejaki Lailatul-Qadar!
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba yang dibebaskan dari api neraka! Amin….!

wahai diri

Ramadan ini akan pergi

Namun yang pergi hanya giliran purnama

Bukan rasa dan maknanya

Semuga semuanya masih… di jiwa

yang sentiasa merindui

barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini

akan terus

menerangi bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua

Bersama wajah seindah fitrah

Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan

Meraikan satu kemenangan

di satu peperangan…

di dalam diri

(Apakah kita berjaya?

atau sekadar menumpang gembira…

di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi

silih berganti masa

Dan kita bagaimana?

Masih di pelabuhan alpa?

Masih di dermaga dosa?

Dan bahtera kita terus kelelahan

..dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya

Ketika Ramadan dan Syawal datang jua

Tapi kita telah tiada…

untuk menyambutnya!)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More