create your own banner at mybannermaker.com!

July 20, 2010

Hang plak bila???


KEBAHAGIAAN ITU BERMULA APABILA KAU MENJAGA KEBERKATAN PERTUNANGANMU......


"Tahun depan umur engkau dh 23"...rungut mak lagi..di walimah sahabat-sahabat..."aku nak try nasi minyak umah mu la plak,bilanya??

Bila usia makin bertambah, lagi- lagi bila nak mencapai ke era 23- an, hati anak remaja berkeinginan mendirikan ‘masjid’ makin membuak- buak . lagi- lagi hati si dara, tiada yang mahu memetik ke bunga yang “single & available”

Begitulah lebih kurang perasaan sahabat- sahabat. Ada yang tak jemu- jemu mengulang…”Tak sabarnya nak kahwin!”

Saya membalas, “Hai…yang sorang tu dah ada calon. Yang sorang lagi banyak calon menanti. Patutla tak sabar- sabar je nak kahwin. Huhu.”
Saya? No komen. Sama sekali bukan menolak hukum tapi sedang menilai diri, layak ke, dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab baru dalam hidup?. Saya belum boleh memberi jawapan dalam hal ni, arif pun tidak, but my answer for this moment only: Doa, doa, dan doa. (the Prayer :D)
Masa itu pasti tiba utk saya dan sahabat semua, bersabarlah...fasabrun jameel :))

Dalam buku "Pesanan Penting utk Wanita: Jangan Terpedaya" tulisan Muhammad Rasyid Al- Uwaid, ada satu bab yang sangat penting dan menarik untuk diperhatikan oleh kita semua khususnya wanita.

Bukalah Mata Sebelumnya dan Pejamkan Mata Sesudahnya

Dalam memilih calon yang akan menemani kehidupan kita seterusnya di dunia ni,amatlah perlu pesanan ni diambil kira. Seorang wanita khususnya membuka mata HATI dalam memilih siapa yang bakal mengemudi rumahtangga yang bakal dibina kelak. Bukan sekadar 'tangkap muat', memilih berdasarkan faktor luaran semata- mata, kacak bergaya, tegap perkasa. tapi ada juga yang tak kisah soal rupa tapi terpikat dek kata- kata manis bicara sang pilihan hati. Adakah itu sudah memadai dalam mendirikan sebuah baitul muslim?

.........Laa Tanqushuha...............

Sahabat...sebelum membuat pilihan, bukalah mata seterang- terangnya bersuluhkan petunjuk Allah dan setelah pilihan itu yang dibuat, andai hasrat itu terlaksana, pejamlah kedua matamu kerana segala pilihan kita telah ditetapkan dengan baik olehNya setelah redha Dia yang mengiringi segala keputusan kita selama ni.

Masalah yang banyak melanda jiwa manusia akhir zaman ni adalah 'Menutup mata sebelumnya dan membuka mata sesudahnya'....mahukah kita begini? Seharusnya perkara ni sangat penting untuk kita renungkan sahabat- sahabat.

Pesanan daripada senior

Kata- kata Ustaz Hasrizal ni pun boleh direnungkan...
"Dalam soal berumahtangga, jangalah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas dasar seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri/ suami sahaja yang terlihat dimata kerana kita menjangkakan KESEMPURNAAN. Terimalah seseorang seadanya, kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai."


Semoga matlamat utama kita selepas ni adalah akhirat jua, insyaAllah, segala yang diinginkan baik untuk kita.wallahu'alam.

~ Sekuat mana cinta dan kasih kita pada seseorang, yang menyatukan kita ialah Allah. Kalau Allah tak izinkan, kita takkan bersatu,kalau Allah izinkan, sejauh mana kita terpisah,selama mana kita menyepi, sejauh mana kita lari, insyaAllah kita akan disatukan. Jadi, sama- sama kita cari yang menjadikan segala sesuatu dan menyatukan itu iaitu...ALLAH (T T)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More