create your own banner at mybannermaker.com!

July 20, 2010

berapa nilainya??

Jagalah maruah anda, sekali tercalar ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

Kesilapan dan kelalaian diri ditambah dengan faktor sekeliling yang tidak menentu keadaannya,membuatkan saya lebih menghargai nilai maruah diri. Apa yang penting kita harus sama- sama muhasabah diri kita.


M : MARUAH letaknya dimuka kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.

A : AURA yang baik akn membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R
: REPUTASI mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.

U : UNGKAPAN orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar, maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata- kata, mereka yang suka bermain dengan kata- kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang tidak bermaruah kerana membuatkan orang tidak mempercayai kata- katanya sendiri. Jadi, jangan sekali- kali mungkir janji dan mengeluarkan kata tanpa usul periksa.

A : ANGGAPAN masyarakat mencerminkan maruah diri kita. Jadi, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak terpesong.

H : HARGA diri tidak boleh dijual beli dan ia lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Sumber: Petikan buku M.E.P.S Concept - Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul; Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More