create your own banner at mybannermaker.com!

June 16, 2010

Keberanian yang dimalukan

Bismillahirahmanirahim.....

Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.

Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.

Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagai ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindak secara betul.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Itulah kekuatan umat Islam dalam menghadapi musuh agama. Usaha kmpln aktivis yg m'bawa bantuan kemanusiaan ke Genting gaa perlu disanjung tinggi sebagai kerja jihad. tindakan kejam askar israel yg menyerang Mavi Marmara pd 31Mei lalu wajar dikutuk oleh umat sejagat. Perbuatan rejim Zionis itu seperti takut bayang-bayang sendiri membuktikan bahawa mereka adalah terrorists sebenar dunia ini. Kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.

Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak-anak batu yang dipecah–pecahkan menggunakan batu–batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak–anak muda, bahkan anak–anak kecil Palestin yang masih hingusan.

Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat–sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.

Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi. nantikan kemunculan mereka bulan SEPTEMBER ini!!

Jika anda pernah terkena semburan gas pemedih mata di anjung Masjid Negara, anda akan tahu bagaimana si pemberani akan menjadi ketagih untuk terus berdemo menentang kezaliman dan kebaculan.

Tetapi misi Flotila juga telah dimalukan. Memalukan umat Islam sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang dimiliki para pejuang intifadah itu kini dimalukan dengan tindak tanduk umat islam di tanah air.

Semalam ramai yang marah dan sangat emosi bila media mengeluarkan isu serangan israel terhadap flotilla. Dua hari kemudian, muka-muka yang marah ini tadi bersorak kegembiraan apabila terasminya piala dunia 2010.

Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!

Semalam jika lihat dlm FB ramai yg menukarkan profile picturenya menjadi hitam...

Tunjukan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI foto profile anda menjadi warna

HITAM utk semua profile tanda prihatin & belas kasihan..Kapal
kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk warga palestina di serang
dan di tembaki oleh pasukan israel.

tapi hari ini jersey World Cup berjaya menukarkan amarah profile picture mereka kembali..Subhanallah...

Ramai pihak sudah mula celik dan cakna dengan isu Palestin ekoran tindakan Israel menyerang konvoi kapal yang membawa bekalan makanan dan perubatan ke Gaza. Kita semua gembira dan seronok melihat perkembangan seperti ini apabila semua umat di dunia mahu ambil pusing tentang isu nombor satu Umat Islam masakini. Cuma kita tidak pasti adakah mood ini akan berpanjangan atau tidak. Sebab demam Piala Dunia sudah dirasai bahangnya. Takut-takut media dan tumpuan dialihkan dari Gaza ke Afrika Selatan. Harapnya perjuangan kita ini tidak bermusim.

Tapi bagaimanakah semangat yang sedang membara kuat ini boleh dikekalkan untuk jangka masa yang lama? Biasanya yang berlaku adalah selepas beberapa hari ia akan luntur dan hilang “umph”nya. Sudah menjadi fitrah manusia yang diciptakan beserta hawa nafsu adalah sebegini. Justeru itu, mengenali tabiat nafsu adalah salah satu langkah utama untuk kita mulakan apa-apa perjuangan.

Sememangnya nafsu itu sentiasa akan mendorong tuannya untuk berehat dan berseronok dengan keselesaan. Dia suka memujuk untuk lawan perintah Tuhan dan Rasulnya. Sebaliknya, tabiat perjuangan pula adalah letih dan memenatkan. Jadi ada dua pertembungan di sini. Sebab itu mana-mana gerakan yang mahu perjuangkan isu umat hendaklah memberi penekanan tentang pendidikan nafsu atas manhaj nubuwaah. Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud “Tidak (sempurna) iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang telah aku bawa (risalah nubuwwah)”. Perjuangan dan jihad Palestin adalah tanggungjawab umat Islam keseluruhannya. Tidak ada seorang daripada kalangan kita yang akan selamat di Padang Mahsyar jika tidak memberi sumbangan terhadap nasib saudara seImannya di seluruh dunia. Kita juga seharusnya sedar bahawa penghujung setiap perjuangan adalah pertembungan al-Haq dan al- Batil. Usaha ini tidak akan dimenangi oleh hanya satu generasi. Ianya memerlukan satu kesinambungan generasi demi generasi sehingga tiba hari Al-Quds dibebaskan.

Oleh demikian, usaha kita hari ini bukan hanya tertumpu pada demonstrasi dan perhimpunan. Kerana mana-mana perhimpunan yang melibatkan angka-angka kosong tidak mampu untuk menamatkan riwayat hidup Zionis Israel. Perhimpunan, demonstrasi, kutipan derma itu sewajibnya didasari dengan usaha bersepadu penyediaan generasi yang akan meneruskan perjuangan hebat ini. Salahuddin tidak lahir sekelip mata. Sejarah perjalanan hidupnya dilatari kisah pengorbanan manusia yang bernama “murabbi” dalam episode kejayaannya membebaskan Bumi Isra Mikraj Nabi Muhammad saw. Kita mahu dedahkan Palestin kepada anak-anak kecil kita sejak mereka boleh mengenal huruf dan angka. Kita mahu generasi muda menjadi Saifuddin Qutuz dan Salahuddin sebagai idola menggantikan bintang bola sepak atau artis terkenal. Kita mahu masyarakat bangsa memiliki ciri-ciri umat terbaik dengan meletakkan agenda ummat sebagai prioriti dalam kehidupan. Ramai manusia boleh berlaung dengan suara yang kuat, tapi tidak ramai yang sanggup untuk bersabar dalam melatih jiwa dan nafsu.

Kita mahukan manusia yang mempertahan maruah umat Islam adalah daripada kalangan mereka yang sedar dan menunaikan arahan Allah dan Rasulullah saw. Kita mahu obor yang kita pengang ini, bakal disambut generasi demi generasi. Hinggalah Allah swt mewariskan dunia ini dan apa yang diatasnya.



Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.

Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada’ Malaysia ke syurga tuhan.

Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya’ sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.

Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.

Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?



0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More