create your own banner at mybannermaker.com!

May 18, 2010

Muslim hanyalah ilusi

Bismillahirahmanirahim....semasa aku menulis entri kali ini, hujan amat lebat...selebat tangisan GAZA..suasana sesuai dengan post ni..

Umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman rejim Zionis ke atas umat islam dan manusia di bumi Palestin. kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang telah diamarankan dalam al-Quran tentang kerosakan besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi.

Firman Allah SWT bermaksud:
"dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israel di dalam Kitab itu;'Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau."(al-Isra':4)

Namun yang perlu kita fikirkan APAKAH KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN YANG MENIMPA UMAT ISLAM SELAMA INI BERLAKU TANPA SEBAB?Sesungguhnya mencela kaum yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih sekadar kata pepatah melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang pernah berlaku kepada umat Islam sendiri?

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi dan Nasrani, maka kita akan dapati keterangan tentang karektor mereka yang bersifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanaya menepati realiti. maka orang Yahudi dan Nasrani hari ini adalah Yahudi dan Nasrani yang sejati. namun jika kita amati tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita?

Al-quran menjelaskan orang Islam itu bersaudara, saling bantu-membantu, bersatu padu berpegang tali Allah. namun pada realitinya, berapa jarak di antara diri idaman mereka seperti gambaran al-Quran dengan diri sebenar di dalam realiti kehidupan?

MUSLIM ILUSI BERHADAPAN DENGAN YAHUDI DAN NASRANI REALITI!!!


Realiti sentiasa mengalahkan ilusi. ramainya kita hanyalah ilusi.hakikatnya kita sedikit. kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. hakikatnya kita miskin. cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. hakikatnya kita bodoh. Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Jika al-Quran menjadi pengukunya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di rumah Putih adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam hanyalah ilusi. Ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.Selagi kita tidak berusaha untuk menjadi mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan ALLAH untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

tragedi di GAZA adalah seruan ALLAH untuk kita kembali kepada Islam. Islam yang tulen. Ibu bapa didiklah anak menjdai Muslim jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa yang tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah dapat mengalahkan Yahudi dan NAsrani tulen.


Firman Allah SWT bermaksud:
"dan jika kamu kembali, maka kami pula akan kembali,"(al-Isra';8)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More