create your own banner at mybannermaker.com!

May 22, 2010

Ayat-ayat Cinta (7)

“orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan lalu saya bertanyakan Baginda mengenai kejahatan,
takut-takut ia menimpa saya.
Maka saya berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah berada di dalam Jahiliyah dan kejahatan lalu Allah datangkan kepada kami dengan kebaikan ini.
Adakah selepas semua kebaikan ini aka nada keburukan?”
. Kata Baginda: “Ya!.” Saya berkata: “Adakah selepas kejahatan ada kebaikan?”.
Baginda menjawab: “Ya! Dan aka nada padanya itu Dakhan”. Saya bertanya apakah dakhan itu?.
Katanya: “Semua kaum yang mengikut hidayah bukan hidayahku kamu kenal mereka dan kamu akan mencegah mereka”.
Saya berkata: “Adakah selepas kebaikan ini akan ada keburukan?” jawabnya: “Ya! Akan ada para pendakwah dipintu-pintu neraka, sesiapa yang menjawab (seruan) mereka akan dicampak ke dalamnya”.
Saya berkata, “Wahai Rasulullah!. Sifatkanlah mereka kepada kami”. Katanya: “Mereka daripada kulit seperti kita dan bercakap dengan lidah seperti kita”.
Saya bertanya: “Maka apakah yang akan tuan suruh saya buat jika saya menemuinya?”. Katanya : “Beriltizamlah dengan Jemaah Muslimin dan pemimpin mereka”.
Saya bertanya: “Jika tidak ada jemaah dan imam?”.
Katanya: “Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa berpaut dengan akar pokok sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu”

-Sahih Muslim-
Beriltizam dgn Jemaah

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More