Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

April 30, 2010

Di Mana DIA dihatiku??

Bismillahirahmanirahim...

Sejak akhir-akhirnya banyak entri yang aku post berkaitan cinta.termsuklah FBku..yela itulah modal org yg sedang meningkat dewasa..lain la kalau aku berkawan dengan orang yang CINTAkan alam..pastinya flora fauna menjadi entriku...kalau aku bekerja untuk jemaah haji pastinya masalah2 or kisah2 lucu jemaah yang aku postkan..saja je nk gitaw napela si badura ni berayat-ayat cinta sekarang..

bila sebut pasal cinta pastinya dua perkara terbit difikiran kte.DIA itu refer pd siapa...Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.

…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

mana aci compared dgn Muhammad..dia tu Rasulullah...Di mana DIA dihati kita?Muhammad pun hamba DIA juga kan...

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Dimana DIA dihati kita??

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Dimana DIA dihati kita??adakah DIA lagi di hati kita bilamana kita diturunkan jawatan..sebagai contohnya jika dulu kita adalah ketua projek tetapi untuk program akan datang kita diminta menjadi ahli jawatan kuasa sahaja...Dimana DIA dihati kita??

Itu kisah cinta kita pada SANG KHALIQ..bagaimana pula kisah cinta sesama manusia..

Kisah cinta seorang ibu kepada puteranya..

kasih ibunda Musa kpd Musa as:

وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَنْ رَبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa . Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah). surah al-Qasas ayat 10

Cinta seorang ayah kepadanya puteranya:Kisah Nabi Ya'kub dan Nabi Yusuf as

وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ لَوْلَا أَنْ تُفَنِّدُونِ
Tatkala kafilah itu telah ke luar (dari negeri Mesir) berkata ayah mereka: "Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal (tentu kamu membenarkan aku)".

Cinta seorang wanita kepada pemuda tampan:
Yusuf:020
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ
Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf.


Yusuf:021
وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِنْ مِصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya : "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak." Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta`bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.


Yusuf:022
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ ءَاتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Dan tatkala dia cukup dewasa Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.


Riwayat Ahmad

Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya.


Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…


Setiap hati yang dilabuhkan kepadaMU..

Ia tidak memerlukan lentera penerang

WajahMU yang teragung adalah pencarian kami

ada hari dimana setiap manusia datang dengan membawa pencarian

aku melihat wajahMU dengan hatiku

aku berdoa kepadaMU dengan lisan hatiku


muhasabah ku melebar lagi....

April 20, 2010

Pencarian sinar ILAHI

Bismillahirahmanirahim...
ni notes yang aku dapat dari shbtku through FB...katanya sesuai untuk aku baca disebabkan kedegilanku...sesuai ke??musykil....hurmmmm

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

apa yang aku nak bagitau
aku memang Sang Pemburu yang mencari kasih sayang namun amat degil untuk bercinta..bukan kerna aku dahagakan kasih sayang orang lain disebabkan kurang kasih sayang family..aku bukannya tak cukup kasih sayang..aku hargai kasih sayang yang diberi oleh mak,ayah, and my siblings..tapi kasih sayang itu subjective.kekadang kasih sayang itu yang membakar semangat kita.aku ingin berkasih sayang atas dasar ukhwah..YA ALLAH pertemukanlah aku dengan ansorullahMU..untuk aku bersama2 mereka mempertegakkan risalahMU..YA ALLAH..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

April 19, 2010

Membina Mimpi


peliknya daie ni
orang laen hujung minggu jalan-jalan,shopping
hidup daie ada dua je:
1) g program
2) blajar

peliknya daie ni
orang lain sibuk tengok Asmaradana, game CS
daie ni ada dua je:
1)blajar
2) arrange program

peliknya daie ni
jika orang biasa
masa santai kna tgk movie, korean series or hindustani
bagi dia
masanya utk catch up bahan bacaan,prepare utk pgisian

peliknya daie ni
duitnya ntah ke mana
asyik tak cukup je
balik2 kena sponsor
tp org x nampak
rm5, rm 10, 50 riyal
semuanya utk apa
duit minyak, infak,
hurm...

tiada perjuangan tanpa pengorbanan
itulah difikirannya
masa tidur
duit
tenaga
diri sendiri
rela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
hamba kan diri pd yang ESA
demi cinta hakiki
sanggup redahi apa yang terjadi

untuk merasai nikmat yg suci

April 13, 2010

Beauty of Mathematics...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 888888
9876543 x 9 + 1 = 8888888

Menembusi Waktu


A time to be born and a time to die
A time to plant and a time to uproot
A time to kill and a time to heal
A time to tear down and a time to build
A time to weep and a time to laugh
A time to mourn and a time to dance
A time to scatter stones and a time to gather them
A time to embrace and a time to refrain
A time to search and a time to give up
A time to keep and a time to throw away
A time to tear and a time to mend
A time to be silent and a time to speak
A time to love and a time to hate
A time for war and a time for peace
A time for assignment and a time for submit
A time for study and a time for exam
a time for single and a time to be couple
A time for a child and a time for adult


a few weeks only for me to stay in Merbok Earth..study study study...exam..holiday...n then what should i do...what should i be??
master
working
wife..hurm

kl jadi isteri org pun aku kna fkir..
duit tuk perbelanjaan kenduri??
aku kna fkir ble dh jadi isteri org, aku nk kerja ke or further study...
kl aku xjadi isteri org pun aku kna fkir, aku nk cari kerja kt mana..kerja per???
or kl nk sambung blajar kat mana..yuran nak bayar dgn apa..
itu lah perkara yang bermain difikiranku sekarang..
bukan senang nak tinggalkan bumi merbok ni..
sebelum nak tinggalkan dunia ni aku kena buat preparation
n then kl dah tinggal kan dunia ni aku kena da preparation..



April 01, 2010

Ayat-ayat Cinta (4)

Sesungguhnya urusan-urusan kehidupan sentiasa membayangi dan mengelirukan perasaan dan kewarasan. Begitu juga dengan jalan-jalan yang berbagai haluan telah membayangi dan mengelirukan pandangan dan pemikiran. Manakala kebatilan senantiasa mengaburi (membayangi) kebenaran ketika mana pemutusan (penentuan jalan) dan hujah keterangan dikelami oleh kehitaman, tetapi tidaklah ia terus terselubung dan dibisukan walaupun ianya telah tidak disahuti oleh hati dan akal. Begitu kerap juga perdebatan yang sia-sia serta perbincangan yang penuh dengan kesungguhan dan kehampaan. Kesemua ini adalah berpunca dan tidak wujudnya di sana “ketakwaan”. Apabila ianya wujud, terserlahlah kewarasan, nyatalah kebenaran, tersingkaplah jalan, tenteramlah hati, lapanglah segala tindakan, tenanglah jiwa dan tetap perasaan, serta teguhlah engkau di dalam perjalanan.

Hanya Nak Membantu!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Bantulah dia..bantulah dia..bantulah dia...sedarkan lah dia...mungkin dia masih terlena dibuai mimpi dunia..macamlah aku ni dah sedar dalam khayalan mimpi ku sendiri..hurmmm..

tapi kejadian itu memang menjijikkan bagi aku..hedonisme...sempena Earth Hour 2010

Hedonisme ni ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Jauhkanlah aku dari terjebak dengan budaya ini YA ALLAH.

Apa yang aku tahu, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama. Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain. Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.


Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang. Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.


Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.


Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.

Hebat sungguh engkau setan...mampu menarik kawan-kawan ku di kampus yang aku tengah menuntut ilmu ni..Kemana hilang ilmu2 mu wahai sahabat-sahabatku..saban waktu engkau menelaah buku..tapi akhirnya engkau menunduk akur pd setan durjana itu..

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? surah al-an'aam ayat 32

So marilah kita sama-sama sedarkan mereka dari lena dibuai dgn pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup yang didodoikan dengan bed time story hiburan2 yang melalaikan. IT TIME FOR STUDENT REVOLUTION...shows ur power...

Satu lagi kisah..aku betul-betul terkilan dengan seorang ikhwan ni. Apa ingat engkau hebat sangat dengan jawatan tu..tolong laa.tapi hari ini, ketika ini ,memang ramai aku tengok orang yang ada kuasa, jawatan bermegah-megah dengan kesenangan itu. biarpun mereka ada kuasa untuk mencegahnya. yang membungkam hatiku lagi, rupa-rupanya dia ada bersama pada hari kejadian.astagfirullah..so liberal...jauhkan aku YA ALLAH dari sifat keji.

قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?". Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. surah al-imran ayat 99

Semoga diberi hidayah pada mereka semua..dan tetapkanlah hati ini pd addeen mu YA RABB
aku sungguh sedih dengan sikap ikhwan tu..sedangkan dia seorang pencinta al-Quran.

Perubahan bermaksud menggantikan kemungkaran dengan kebenaran bukan menghapuskan kemungkaran dan menggantikannya dengan kemungkaran yang lain.






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More