create your own banner at mybannermaker.com!

March 27, 2010

Planning DIA vs Planning Kita

Inikah adat kita??

Alhamdulillah aku memanjatkan kesyukuran pdNYA biarpun sudah seminggu aku tidak blogging. kesibukan duniawi assignment test research menjadi alasan kenapa blog aku menyepi. di tamabh taklifan pengisian untuk FB IMAN..walaubagaimana pun Syukur aku panjatkan padamu KHALIQ kerna segala planning mu memang tidak terjangkau difikiranku. segala Kronologi hari ini sungguh AMAZING. tapi kalau difikr balik benda ni bukanye stat rini.hurmm..aku pun tak tahu nak kata bila perkara ni bermula...yela segala2nye planning DIA...terasa kerdilnya diri..malam ni pun aku tak tahu apa yang menyebabkan aku bersemangat sekali mengayat malam ni..sedangkan esok ada test LAW..doakan aku ye wahai pembaca sekalian.. semoga dipermudahkan urusan..jika tidak doakan semoga aku tabah dalam menghadapi ujian..

“Ya ALLAH, sekiranya kegagalan kami membawa fitnah pada Islam dan perjuangannya, maka KAU cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara, tetapi sekiranya kejayaan itu membuatkan kami jauh dari Islam dan perjuangannya, maka KAU berhak menentukan selayaknya untuk kami, kerana kami beriman bahawa tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah disebaliknya, Ameen~~

Sebenarnya aku masih tidak mampu untuk berkata apa2..aku kelu masih terkedu...memikirkan apa contribution yang pernah aku sumbangkan selaku seorang pendakwah di bumi selepas tindakan reformasi yang telah dilakukan seorang ikhwan ni..aku masih memikirkan diriku apa anjakan paradigma yang pernah aku buat selama 3tahun aku ulang alik di bumi tandus ni.hurmmm...

Cerita nya begini. EARTH HOUR 2010 (Detik Dunia) sudah menjadi sinonim bertujuan menggerakkan usaha mengubah cuaca dunia dengan mematikan suis tenaga elektrik selama sejam. Antara bangunan terkenal antarabangsa yang turut serta ialah Sydney Opera House, Stadium Kebangsaan ‘Sarang Burung’ di China selain Bandar Larangan, menara pejabat Taipei 101, Taiwan dan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Langkah bergelap sejam mulanya dilaksanakan di Sydney pada 2007 dan menjadi acara tahunan. Penajanya, Tabung Alam Semula Jadi Sedunia (WWF) menjangka penyertaan tahun ini adalah yang terbanyak. Kepulauan Chatham menjadi tempat pertama memadamkan elektrik pada 8.30 malam waktu tempatan disusuli lokasi lain di seluruh dunia dan berakhir di Samoa, 24 jam kemudian.

Kampus aku juga tidak ketinggalan meyambut Detik Dunia ni.siap dengan persembahan lagi. Dengar khabar selama seminggu juga la budaK2 ni practice. (tak seme yg buat practice k kl xsape nk jadi penonton t) Hurm ada masa plak ek..8.30pm lampu dipadamkan. maka beraraklah insan2 ni ke tempat kejadian dengan lilin di tangan. Ritual pe ye yg berarak dengan lilin ni??Hurmm

Dijadikan cerita ada la mahasiswa yang prihatin ni turun padang untuk mengingatkan balas Allah sekiranya maksiat tidak dicegah. Baca di sini ye. Dengan Macho nya mahasiswa ni berjalan menuju ke pentas dan menghentikan persembahan ntah pape tu. Tak tahu la nak describe cam ape persembahan tu tp memang bodoh ar bagi seorang pelajar. Tidak lebih macam budak jalanan. padaku maka hilanglah maruah mahasiswa yang membuat persembahan tu. Tong sampah dijadikan drum..hurm lebih desperate aku tgk berbanding budak jalanan. berbalik pada mahasiswa yang prihatin tu tak sempat dia nak bercakap pak guard datang meminta dye turun dari pentas tersebut. Nak je aku sue pak Guard tu..kalau dia sokong ape yang ikhwan tu buat sepatutnya dia kena bagi dulu budak laki tu "suara siswa" dulu baru la minta turun untuk redakan keadaan. ni tak baru je budak tu naik dimintanya turun...kl aku dh sue r pak cik tu sebab memalukan budak tu.Apa guna aku belajar law kalau tak aplikasi. Test LAw sok daa.lagi la expert sebab tengah fresh ni.Pak guard tu kata aktiviti ni tak boleh dihentikan sebab dah dapat kelulusan pengarah. yang peliknya ramai kot pak guard yang guide malam tu. ketua guard pun da.tapi kenapa pak guard ni je yang 'prihatin' minta ikhwan tu trun dari pentas. and then, ketua projek pun datang. see..ish geram betul..ketua projek pun tak da mengelabah cam pak guard tu.

Kat kampus aku ni da la satu badan pencegah maksiat. badan ni dah bersedia untuk membuat operasi sebagaimana 'mahasiswa tercemar' tu bersedia untuk membuat persembahan. tapi last minutes permohonan badan ni untuk buat operasi tidak diluluskan sebagaimana kelulusan 'mahasiswa tercemar' punya program. see. nak buat operasi cegah maksiat pun memerlukan kelulusan. hurm..musykil..so terpaksa la badan ni cancel operasi.

tapi malam tu ikhwan prihatin ni still turun padang. sebab apa??sebab dia bukan pak turut kepada pemimpin sebagaimana 'mahasiswa tercemar' yang diperkotak-katikkan oleh pemimpin. astagfirullah. sedangkan pemimpin inilah yang menyediakan tempat untuk menimba ilmu tapi pemimpin inilah juga yang MEMPERBODOHKAN kembali orang yang diajarnya. so apa motif "UNIVERSITI ni" ke mana visi n misi yang dilaung-launglan??

Hikmah disebalik ketidaklulusan operasi badan tu menyebabkan satu reformasi berlaku pada badan itu sendiri. Dimana dikalangan mahasiswa di sini yang membangkang keputusan pemimpin itu teserlah. alhamdulillah. Semoga kekuatan yang ditunjukkan oleh ikhwan itu membuahkan hasil dan berterusan pada badan itu sendiri. Di samping jangan lah bermegah dengan kejayaan ini kerna tidak terjangkau difikiran kita apa hikmah disebalik reformasi ini pula. Doakan yang terbaik dari yang terbaik.


أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً فَاذْكُرُوا ءَالَاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. surah al-a'raaf ayat 69

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More