create your own banner at mybannermaker.com!

March 10, 2010

Dah tua Rupanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Persoalan remaja sekarang apabila sudah hampir dengan tamat pengajiannya @ sudah tamat @ lambat lagi akan tamat adalah berkaitan dengan "alam perkahwinan". Itu adalah lumrah, apabila menjejaki umur 20-an perasaan itu tidak dapat tidak akan hadir walaupun ditepis sehabis daya. Ada banyak faktor yang mendesak dan terdesak semuanya bergantung keadaan masing-masing. Tidak perlulah diulas dengan panjang kerana semua boleh faham.

Impian : Membina Bait Muslim

Bukanlah mudah seperti teori yang dipelajari, perlaksanaannya memerlukan mujahadah yang tinggi. Nasihatnya "janganlah menempuh jika belum betul-betul bersedia". Analoginya jika kita memandu sebuah kenderaan dengan tergopoh-gopoh dan terlalu laju, sudah pasti bila ada bonggol di hadapan tanpa ada persediaan menekan brek akan menyebabkan kenderaan tersebut sedikit melambung. Jika untung nasibnya, selamatlah. Jika tidak, cederalah jawapannya. Nasihat di jalan raya " Biar lambat, asal selamat".

Aku tahu "jodoh tidak pernah datang bergolek" dan kita memang perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Itu pasti!!!. Tetapi, biarlah kena pada masanya. Yang penting diri kita, bersedialah!!

Terkadang aku melihat hampir sama sahaja keadaan orang yang biasa dan orang yang luar biasa, apabila tiba persoalan ini kita hampir-hampir tewas! Mujur ada iman yang sekelumit bisa menyelamatkan. Dan yang lebih penting, Allah masih sayangkan kita. Bersyukurlah...

Orang biasa sibuk dengan budaya "couple", dan orang yang luar biasa sibuk dengan budaya "BM"... Aku tidak pernah menghalang niat baik itu kerana aku tahu ia adalah jalan menuju kepada sesuatu yang menjadi sunnatullah. Tetapi kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sangat lemah lagi hina terlari dari matlamat asal yang dituntut. Oleh itu, harus kita banyakkan bermuhasabah diri, mohon keampunan daripada Yang Maha Penyayang... Moga-moga Dia redha akan diri kita....

Persoalan ini sangat rumit kerana ia berkaitan dengan hati. Terlalu kompleks kerana bukan suatu benda yang nampak. Pada aku, apa yang penting kena sama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang baik. Jangan sesekali terpengaruh atau terpedaya dengan tuntutan nafsu semata-mata. Banyakkan perbincangan tentang gerak kerja Islam yang tidak pernah akan selesai.....

Bila direnung kembali bagaimana kisah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu raja yang terbaik, memiliki tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik menawan Kota Konstinople. Baginda sejak kecil telah diasuh dan dididik dengan ilmu agama serta ilmu kepahlawanan. Apabila selesai misi mendapatkan kota yang menjadi perebutan antara umat Islam dan musuhnya, barulah baginda melengkapkan dirinya dengan perkahwinan. Jadi, sama-sama fikirlah......

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mu`min. (surah an-nuur ayat 3)

Lelaki yang berzina untuk perempuan yang berzina..Jika diri kta masih tidak mampu melawan maksiat begitu juga lah pasangan kita..Aku tdak mahu berkahwin dengan orang yang melakukan zina...maksudnya aku kena tinggalkan perkara2 keji sblum mendirikan Baiah Solehah..wah kalau begitu sampai bila aku tak kahwin..sbb iman ni sentiasa naik dan trun...
Jika dalam sehari pun tidak mampu membaca satu ayat al-quran bagaimana pula pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri...Muhasabah diri..adakah kita telah berjaya meninggalkan yang mungkar??ntah la..aku pun tidak mampu sebenarnya...kerna dunia ini amat indah..mudah sahaja tertarik ke arahnya..jika solat pun masih terkapai-kapai...macamna la plak nak berhadapan mehnah dan tribulasi yang laen2...tapi aku tgk org laen yang dah kahwin bahagia je biarpun solat,puasa dan ibadah2 yang lain masih huru-hara...waaaa...kalau nak kahwin bukan setakat kebahagian je yang perlu dititikberatkan!!!

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu adalah dosa besar dan malahan lebih hina drpd khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa as.

Begini kisahnya...

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar) "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam". Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi Musa dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.

Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihat...
Betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb. Anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak.

Takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat. Tak sanggupkan?

Beware apa yg kita makan...!

Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum" maknanya, "Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21)
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” (hadith riwayat imam Muslim)

Seperti yang dicakap oleh Lecture ku..yang lagi berpengalaman dalam kehidupan seorang ibu Perbaiki dirimu..Allah akan baiki zuriatmu!!!

jadilah solehah bukannye cari soleh
impikan pembentuk akhlak seperti Rasulullah
tapi diri tidak sematang Siti Khadijah
impikan pemuda gagah perkasa seperti Musa as
tapi mampukah diri menjadi selembut Shafura'
cinta pada raja yg mampu menerajui sebuah kerajaan seperti Nabi Sulaiman
tp mampukah diri membina mahligai agung Ratu Balqis

jadilah mujahidah untuk Si mujahid
impikan seorang pejuang agama seperti Tuan Guru Nik Aziz
tapi mampukah diri setabah Tuan Sabariah Tuan Ishak bila melihat si suami dihina dikeji
mampukah diri menjaga diri dan maruah seperti Wan Azizah
tika ditinggal sang suami
apatah lagi melihat si suami dipenjara


Bercinta seperti Fatimah az Zahra kepada Sang Maha Kasih
jadilah kekasih seperti Rabiatul Adawiyah
yang meletak cinta pd Satu
Siti Zulaikha tika bertemu cinta sejatinya
kerna itulah cinta yang kekal abadi
Aku merinduimu Khaliq

Arghhh..byk lagi perkara yg nak difikirkan....

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More