Mukadimah

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Ya Allah, aku juga mohon padaMu agar aku dikuatkan iman dan ketaatan padaMU...Ameen.
create your own banner at mybannermaker.com!

December 28, 2010

Istighfar Musafir


Pabila melihat cahaya suria
hampir sujid diufuk senja
tiba-tiba hatiku sebak penuh syahdu
merindui kebesaran Tajalli Ya Rabbi
Diri ini faQir beristighfar
di sepanjang jalan bermusafir
bila terkenang nasib umat
saban hari saban waktu
lupa diri lupa waktu
rukuk sujud mohon restu
hati ini semakin rindu
untuk bertemu kekasih hatiku
debaran rindu mengoda jiwaku
semasa melihat lambaian suria
mengucap salam bertemu
Yang Maha Esa

Ya Allah..Ya Rabbi....
Betapa kerdilnya diriku ini
mengharungi perjuangan
tanpa ada yang peduli
seperti faQir menagih simpati

Ya Allah...Ya Rabbi...
Akanku gagahi jasadku ini
menebus dosa
ma'rifat diri sujud mengabdi
istighfar musafir
ke hadrat Ilahi

December 19, 2010

Alhamdulillah


Salam Maal Hijrah 1432 H

Alhamdulillah sebegitu lama menyepi tapi hari ini diberikan peluang masa dan kesihatan untuk terus menaip..

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru...masihi pun dah tengah bulan...

Syukur dalam kesibukan ini, masa ku diisi dengan perkara yang dapat menyumbangkan kepada agamaku..Biar pun sedikit..Selama sebulan aku menganggur dari jemaah terasa hati resah gelisah..Dan insyaAllah dalam 4bulan lagi pastinya sahabat sefikrah terpaksa bekerja keras lagi bagi perjuangan akan datang..

November 19, 2010

Healing

Bismillahirahmanirahim... Salam Baitullah

Menurut hadith 40 dari Imam Nawawi
" Orang yang beriman akan berasa gelisah bila melakukan dosa"

Kata-kata dari artikel iluvislam(lupa title artikel tu)
"Manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa. Justeru, orang yang ditarbiyyah akan memilih dosa yang paling kecil jika tidak mampu melawannya"

November 15, 2010

Al-kisah

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah sudah 6bulan aku meninggalkan alam kampus. memori lama amat bermakna untukku. Sekarang rumah anak yatim ini sebagai pilihan ujianNYA untukku. bak kata Ustaz Hj Hadi dalam seminar Pas bersedia menggantikan UMNO

"Wahai orang-orang beriman bersabarlah dalam menghadapi rintangan dan berjuanglah di mana sahaja kamu di tempatkan."  

Mungkin di sini lah tempat yang seterusnya untuk aku berjuang. Aku akui lain tempat lain ujiannya. Ujian dari NYA amat hebat sekali. terasa berkali-kali aku tersungkur. "Pengajaran apakah kali ini?" itulah persoalan bermain difikiran sekarang. 

November 14, 2010

KernaNya

Bismillahirahmanirahim..

Sudah lama kisah ni aku 'save' dalam kepala. menyebabkan 'disk dah full'..tambah-tambah lagi antivirus sejak akhir-akhir ni inactive..So terpaksa la aku backup dengan internet ni..save duit nak beli external hard disk..

Alhamdulillah biarpun hari tu hujan Allah membenarkan untuk aku join program ni. Biarpun rasa macam orang asing ruang kosong yang ada akan ku penuhi. turut bersama satu-satunya my younger brother cuba memenuhi seat kosong di ruang muslimin tanpa mengendahkan orang sekeliling.


November 13, 2010

Bila MALU diangkat

Bismillahirahmanirahim...

Entri kali ini bukan niatku untuk menjatuhkan martabat sejenisku..Cuma aku sayang kamu..Dan aku pasti medium ini mampu menyampaikan luahan aku pada kamu. Aku juga pasti bukan diri ini sahaja yang suka mengutarakan permasalahan ini...

Aku bukan lah ustazah..atau bijak pandai dalam ilmu agama..tapi insyaAllah hidayah yang diberikan ini tidak aku sia-siakan..Dalam menulis entri ini aku ada membuat beberapa research supaya tidak menyeleweng dari jalan yang lurus.
Pembaca mulia, kata “malu” dalam bahasa Arab adalah اَلْحَيَاءُ /al-hayaa’/. Kata ini, merupakan derivat dari kata اَلْحَيَاةُ /al-hayaah/, yang artinya adalah“kehidupan”. Selain اَلْحَيَاءُ, contoh derivat lain kata اَلْحَيَاةُ adalah حَيَا /hayaa/,yang artinya hujan”. Apa kaitan antara hujan dan kehidupan? Kaitannya adalah bahwa hujan merupakan sumber kehidupan bagi bumi, tanaman, dan haiwan ternak.
Dalam bahasa Arab, al-hayaah “kehidupan” mencakup kehidupan dunia dan akhirat.
Lalu, kembali ke pokok bahasan utama, apa kaitan al-hayaa’ “malu” dengan al-hayaah “kehidupan”?
Jawabannya adalah kerana orang yang tidak memiliki rasa malu, ia seperti mayat di dunia ini, dan ia benar-benar akan celaka di akhirat.
Orang yang tidak memiliki rasa malu, tidak merasa risih ketika bermaksiat.

November 11, 2010

Terus Berlari

Bismillahirahmanirahim...


Dari bawah aku bermula..Bertatih-tatih berjalan.
Sukanya aku apabila melihat kemahuan kecilku itu dituruti.
Paling gembira saat itu, sudah tentu bonda dan ayahanda.
Dari berjalan, aku cuba berlari..Berlari-lari anak.
Berlari sehingga aku mampu berlari ke garisan penamat.
Berlari mengejar wawasan dan cita-cita hidupku.
Hingga kini, aku masih belum berhenti berlari.
Adakalanya aku letih..Letih kerana sepanjang perlarianku. banyak duri, ragam , fitnah-fitnah dunia menghalangku.
Kerana apa aku kuat?..Ayah dan emak..
Kerana aku tak nak lihat senyuman di muka mereka hilang.
Aku tak nak lihat mereka menangis bersedih kerana aku keletihan berlari.

November 10, 2010

Maher Zain Vs Sami Yusuf

Bismillahirahmanirahim...

Sejak kedatangan Maher Zain ke Malaysia...melata aku dengar lagu beliau..even di market pun..Sejak ramai public kenal beliau isu Maher Zain dan Sami Yusuf semakin menjadi-jadi..sehingga ada perlumbaan Fan 1juta antara Maher Zain dengan Sami Yusuf..


Lagu pertama Sami Yusuf daripada albumnya yang terbaru iaitu ‘ Wherever You Are’. Ya Allah, seperti ada sesuatu yang menyentuh hati dan perasaanku dengan kelunakan muziknya, aku memang sangat mengagumi Sami Yusuf dengan pembawaan lagu dan muziknya yang bersifat universal dan memuatkan segala budaya dan bahasa dalam penciptaan lagu-lagunya. Tidak ketinggalan juga Bahasa Melayu di dalam sebuah lagunya yang bertajuk No Word Is Worthy. Satu je aku tak bekenan dengan Sami Yusuf ni, suara dia yang sangat perlahan sampai aku tak faham apa yang dia nyanyikan sebab sebutan beliau sangat tak jelas, mungkin disebabkan lahjah arabnya. Berbeza dengan Maher Zain, sebutannya amat jelas dan cepat ditangkap.


Walaupun begitu, kedua-dua penyanyi ini memiliki matlamat yang sama iaitu kembali menuju ke Tuhan dengan gaya mereka tersendiri. Seperti yang sedia maklum, Maher zain merupakan komposer lagu dan pernah mencipta lagu untuk artis-artis terkenal seperti Lady Gaga dan dan Sami Yusuf dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang muzik dan juga merupakan komposer lagu. Sami Yusuf sudahpun lama terkenal dan Maher Zain hanyalah melonjak dalam tempoh dua tahun ini. Mereka memiliki identiti sendiri dalam menyampaikan dakwah dan yang paling nyata mesej mereka sampai kepada para mad’u mereka.
Mereka yang mendengar lagu daripada dua ikon ini akan merasakan ketenangan dan kedamaian hati kerana mereka sendiri adalah insan-insan yang hebat, takkan manusia yang mendengarnya tidak mendapat ketenangan. Tidak seperti lagu-lagu yang didendangkan oleh artis yang sememangnya kurang penghayatannya terhadap agama Islam itu sendiri, tiada kesan terhadap jiwa-jiwa insan yang mendengarnya. Subhanallah, melihat wajah kedua-dua insan ini saja membuatkan kita merasa tenang kerana hanya insan-insan yang ikhlas saja akan membuat orang lain terkesan dengan dakwahnya. Wallahua’lam.


Semasa aku menaip entri ni perasaan masih dalam terkejut. (hati bermonolog oh oho oh!! yeke)
Al-kisah nya bermula apabila aku baca wall

tergerak hati untuk baca blog Faisal Tehrani(lihat di sini)

gundah gulana rasanya..aku tak da la sampai nak judge MZ masuk syurga Sami Yusuf masuk neraka seperti student tu..Komentar tentang syiah dan ASWJ boleh lihat di sini..di sini..dan di sini..Cuma, pengajarannya...kekadang tu kita kena selidik penyampai nya even nyanyian hanyalah medium dakwah..

200 kambing-Sedikit sahaja

Sebelum Muhammad diangkat menjadi Nabi, ia pernah ke Thaif. Seorang warga Thaif menjamu Nabi di rumahnya dan sangat menghormatinya. Setelah itu, Muhammad pulang ke Mekah, hingga pada suatu hari, ia diutus menjadi Nabi. Gema suara kenabiannya terdengar ke seluruh dunia.

Seorang warga Thaif berkata kepada penjamu Nabi itu, " tahukah engkau siapakah yang diangkat menjadi Nabi di Mekah?

November 09, 2010

Pencarian

Sekian lama ku cari
Di ketika aku tegak berdiri
Menghadap wajah
Mengusung hati nan kosong
Mengerah minda nan hampa


Ku cari lagi

Di ketika badan ku rukuk membongkok
Mataku rapat terkatup

October 31, 2010

Sekolah kehidupan

Bismillahirahmanirahim...

Sehari-hari dalam hidup kita tanpa sedar atau tidak kita menjalani satu proses yang amat tersusun rapi. Penuh dengan sistem dan peraturannya. Inilah yang saya namakan sekolah kehidupan

Sekolah kehidupan, sebagaimana sebagaimana sekolah-sekolah yang pernah kita lalui dalam hidup kita. mempunyai peraturan dan sistem yang tersendiri dan unik. Dan juga tidak terlepas dari denda serta ganjaran atau awards.

Begitulah juga dengan kehidupan. ada pahala dan dosa..pembuat pahala pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak. dan pembuat dosa nantilah azabnya.Sesungguhnya Pencipta kita telah mengaturkan segala-galanya sebelum mencipta makhluk-makhluknya. 

Keringanan solat dari 50 waktu hanya disyariatkan menjadi 5 waktu sahaja. kerna Dia lebih mengetahui kemampuan hamba-hambanya. 


October 30, 2010

Mengintai CINTA KHALIFAH 3

TeKa TeKi UsTaZ 



Alhamdulillah, syukur pada Allah atas setiap limpahan rahmat dan ujian Nya buat hamba. Moga kedatangan mehnah menjadi penghibur dalam merentasi perjuangan.Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin. 


Lewat hari, soalan teka-teki dari Ustaz benar-benar 'menduga' akal yang dangkal. Ilmu secetek-ceteknya dibandingkan dengan ustaz, faQir gagahkan juga minda bergerak seiring iman senipis bawang. Subhanallah! Tidak mudah 'bergaul' dengan mereka yang ahli dalam agama. Masakan tidak, salah sikit aje denda nya dah pun sangat memeningkan kepala. Kalau Ustaz Saif, tak habis-habis nak rotan faQir. Ustaz Mar nak suruh berceramah. Ustaz Lah dengan tazkirah rohaninya. Yakin dan pasti... Mereka sayangkan fikrah ini agar tak beku di bawa rentetan dunia yang semakin ganas dengan fitnah. Syukran! Suka sangat 'kena denda', sekurang-kurangnya kelemahan diri dapat dikenal seyakin dan pasti. Hohoho... Tapi tak juga faQir berubah jadi budak baik, sokmo jadi 'budak nakal' yang selalu usik muallimi kala mereka memberi 'kuliah perdana'.  

October 19, 2010

Masih berkira-kira lagi


Ibn Mas'ud berkata 
" tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu"

duhai diri..
 bertanyalah pada diri
sehingga sekarang sudah berapa kali engkau khatam Al-Quran
antara fb dengan Al-Quran yang mana dulu engkau mengadap
bila hari terakhir dirimu Qiam
bermula engkau pandai solat
surah apa yang selalu engkau baca
sedangkan ada 114 surah yang boleh dipilih
dan apakah bacaan doa mu selepas solat


October 18, 2010

Resensi 2



alhamdulillah khatamlah sudah buku yang seterusnya aku baca.
ntah bagaimana..ntah kenapa Allah mengerakkan hati aku utk beli buku ni..
masa tgk tajuk ni

"mengapa manusia menipu diri sendri dan bersikap munafik?"


aku tertanya sendri munafik kah seseorang itu sekiranya "bibir tersenyum hati menangis"
tambah2 lagi jika seseorang itu mengorbankan diri utk melibatkn dengan kerja amar makruf nahi mungkar.
tambah2 lagi seseorang yang berusaha untuk mengharungi dunia Islam.

October 08, 2010

Resensi 1


aku suka sharing apa yang aku dapat. kali ni aku nak crite 1buku yang baru selesai dibaca. biapun dah banyak buku2 lain dah abih..tp memang sebelum2 ni pun aku sharing. ntah kenapa hari ni nak crite lebih plak. siap jadi entri dalam blog plak..

Mengintai CINTA KHALIFAH 2

'ABASA

faQir termenung seorang diri sambil menghadap laptop. jari jemarinya pantas menaip bait-bait perkataan yang terbit dalam kepala..

******
"Nik, betui ke enti jadi pergi? sampai hati enti nak tinggalkan ana?"

sebak faQir menutur kata-kata tu..tapi sebaknya ditahan dalam hati..dengan muka yang cool faQir memerhati sahabatnya mengemas barang-barang. Tangan faQir tidak seringan seperti biasa dalam membantu sahabat ketika itu. sebab faQir memang berat untuk melepaskan sahabatnya.


"myb hati kita tidak bertaut lagikan. ukhwah antra kita tak terjalin lagi. dat y la tak berjaya memadamkan keputusan anti. ni semua salah ana. ana yg tidak faham lagi konsep rabithah.ana tak mampu beri kpada nti kn?". ingin sahaja faQir menuturkan kata begitu dan mempersalahkan dirinya. tapi faQir faham..nik lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. jika bukan hari ni maybe esok kami pasti akan berpisah juga.


October 06, 2010

Ke mana hilang kuasa suami??


Susahkah lelaki nak masuk syurga??

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan nikmatNYA. Alhamdulillah diberi juga kesempatan lagi untuk menaip lillahitaala. Semoga kata-kata ini tidak menjadi suatu kontroversi tetapi menjadi suatu pembuka mata hati. banyak post/ article yg berkaitan dgn wanita dan syurga.. Sehingga ada post yang membicarakan tentang jenis wanita yg masuk neraka. kl tgk dlm fb ni pun byk pages yg berkaitan dgn muslimat.

Surah an-nisa ayat 32 
Maksud;
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada  bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”

October 05, 2010

Mengintai CINTA KHALIFAH 1



YADEEN



Bumi dibasahi hujan. Pohon mengucap syukur atas nikmat yang diterima.
Hebatnya Pencipta langit, bau hujan yang turun cukup menenangkan,
miskipun kebasahannya sering dikeluhkan si pelupa.


Usai solat, teringat si dia. Dalam doa, muncul dirinya. Pandang ke langit, terlakar wajahnya. Menghirup kesegaran bau hujan, timbul wajahnya.

Ya Allah, kuatkan hambaMu ini ya Allah.

Seiring turunnya hujan, mutiara jernih turut mengalir..

***

"Enti g tak meeting IMAN malam ni?"

faQir mengangguk. Dia tersenyum.

"Kita g sekali yer?"

Mengangguk lagi.

***

"Is, ana takutla."

Tangan faQir di genggam.

"Enti takut apa?"

Aura tangannya memberi charge kekuatan.

"Ana takut peruntukan tak cukup.Dalam simpanan IMAN pun tinggal tak seberapa. Tinggal berapa hari saja lagi ni."

Bibirnya tersenyum. Kepalanya terangguk-angguk.

"InsyaAllah. Kita doa banyak-banyak. Kita masih ada beberapa hari lagi. Mungkin Allah tangguhkan untuk kita. InsyaAllah."

Kekuatan itu terus menyerap.


***

Setiap minggu kerap berjumpa. Allah mempertemukan kami. IMAN sebagai titik pertemuan. Ukhuwah yang dibina cukup memberi kekuatan buat diri. Walaupun sibuk dengan kerja IMAN, namun senyuman sentiasa ada di saat setiap kerja dijalankan. Sentiasa bersama dikala program dijalankan. Allah, kesibukan yang datang terasa hilang lantaran indahnya ukhuwah.


***


Satu saat,
Satu ketika,
Status ukhwah terus meningkat
Jika dulu kami sahabat
Kini Allah jadikan kami keluarga
Tanda kasih sayang Allah buat kami
Namun




"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " Al 'Ankabuut:2


Tanggungjawab masing-masing kian bertambah
Jika dulu tautan sebagai pertemuannya
Kini tidak lagi
Dalam seminggu mungkin susah untuk berjumpa
Apatah lagi sehari

Genggaman tangan yang menyalurkan kekuatan semakin dirindui
Kekuatan yang diterima dari keluarga yang lain sangat banyak
Namun takkan sama dengan si dia
Setiap saat semakin merindui saat dulu
Saat tiada istilah stress dalam bekerja


Hakikat hidup perlu diteruskan
Usia semakin bertambah
Amanah semakin berat
Diri semakin matang
Setiap yang datang perlu bijak dicatur

Diri kian memahami
Percaturan Allah yang terbaik
Mungkin Allah jauhkan kami
Untuk rapatkan kami kembali di syurga
Mungkin Allah sibukkan kami
Untuk rehatkan kami di syurga
Mungkin Allah kurangkan kemesraan antara kami
Kerana Allah SIMPAN KEMESRAAN ITU DISYURGA...



si FAQIR cuba mengungkap memori lama...siapakah si FAQIR itu..seorang wanita yang amat merindui bibik-bibik episod lama bersama sahabatnya.

October 04, 2010

Usia itu umpama HARTA


Suku abad menarik nafas di bumi Allah, suatu tempoh yang cukup panjang. Biapun ada yang berkata usia itu belum lagi mampu membaca segala isi dunia, belum lagi cukup mendakap setiap peluang yang tersedia. Namun, tempoh itu benar-benar buatkan saya merasakan bahawa dunia ini sememangnya menguji kehendak dan pilihan. Keinginan yang banyak terbentang tanpa sempat disekat. Kadang mengalir bagai air hujan yang mencurah lebat di atas takungan tinggi.

Melalui saat-saat itu, saya juga sama seperti kalian, menggunakan segala deria untuk mentafsir keinginan yang datang. Kadang-kadang bunga-bunga gembira berterbangan di setiap kelakuan tika tindakan yang hadir sangat menyenangkan. Bersama rasa girang dalam jenaka, rasa gembira dalam ketawa. Melihat wajah-wajah tercinta tersenyum bahagia. Melihat keputusan yang diimpikan tersedia dalam genggaman, bersyukur dalam takbir atas kurnia. Menerima khabar indah menyinari hati lantas menghilangkan gundah. Semuanya menyenangkan hati. Menyinari fikiran lantas membuahkan bahagia.

Namun, hidup ini takkan kaku dengan ujian. Sering tumbuh pohon-pohon duka si sebalik bunga-bunga bahagia. Seusai menikmati wanginya bau kuntuman-kuntuman zahra, berlari-lari dalam khayalan bahagia di kebun indah bahagia, tiba-tiba terpijak duri derita. Kaku. Lantas terduduk dalam kesakitan. Duri-duri itu menusuk halus. Pedih. Menjalar kesakitan menyentuh saraf menegang otot, melumpuhkan sendi lantas mengalir air jernih dari kelopak mata menterjemahkan rasa. Hilang senyuman disebailk tangisan. Bergetar bibir menahan sakit. Berguguran bunga di tangan terlepas jatuh ke tanah dan bertaburan. Darah mengalir menitis ke tanah. Mematikan rasa tenang. Tiada lagi senyuman…yang hanya ada keluhan. Hilang sudah terang yang indah, timbul gelap yang kelam.

Hakikat hidup ini, berselang seli antara keduanya. Nikmat dan ujian. Tenangnya rasa bila menghidu wanginya bunga, namun tanpa redha, diganti dengan pedihnya duri menikam halus tapak yang memijak bumi memakan habis rasa senang. Terang kemudian berganti gelap. Inilah hakikat kehidupan, sedang Dia sering mengkhabarkan perhatian dalam QalamNya

“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang SABAR”~ Al-Baqarah;155

Kenapa ‘orang-orang yang sabar’?. Kenapa tidak ‘orang-orang yang berusaha’? atau ‘orang-orang yang bahagia’? Kerana hanya sabar pengubat kesakitan saat ditikam duri tajam, kerana hanya sabar yang membuka tirai untuk hati melihat ketentuan tuhan. Andai tiada rasa sabar, fikiran memberontak mencari salah tuhan ‘kenapa harus aku hilang haruman bunga dan diganti dengan duri tajam yang menyakitkan?? berulang-ulang akal mempersoalkan hakikat ujian. Sedangkan hanya sabar melegakan tekanan, dan hanya sabar mendidik hati melihat kasih sayang tuhan disebalik kesakitan.

Sabar itu subur andai ditanam dengan jujur…lantas membuahkan benih ikhlas..Iklas menerima kesakitan. Menerima penuh redha kerana inilah tuntutan. Ikhlas hadir sesudah sabar. Tiada ikhlas tanpa sabar. Dan indahnya sabar andai disusuli dengan ikhlas. Tenang dalam kesakitan, kerana benih sabar sedang ditanam. Kemudian akal mengingatkan bahawa apa-apa yang terjadi ketentuan dari tuhan. Kerana tiada daya dan upaya tanpa tujuan, kecuali diselitkan hikmah dan penyampaian yang terselindung di sebalik rasa bertuhan. Firman dalam Qalamnya menuturkan…

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata,” ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka” Ali-Imran;190-191

Lantas, berbuah ikhlas tanpa sedar. MasyaAllah, beruntungnya mereka yang tergolong dalam keadaan orang-orang yang beruntung. Sedang orang-orang yang beruntung itu tak terlahir dari rasa Ikhlas, dan ikhlas itu tak terlahir dari rasa sabar..dan sabar itu tak terlahir dari merasakan ujian itu suatu teguran bahawa hidup ini tak harus selamanya dalam nikmat yang menyenangkan. Sesekali harus diingatkan, sesekali harus jiwanya digoncang, sesekali harus merasa kesakitan sebagai bukti bahawa setiap kelakuan ada pemerhatian. Biarpun bahagia dengan haruman bunga seluruh taman, sebagai ingatan bahawa di celah-celah kuntuman ada duri tersedia menikam perjalanan andai tersasar tanpa rasa bersyukur pada tuhan..

Hukama’ menuturkan kata-kata ingatan “ Barangsiapa yang ada padanya tiga perkara maka sempurnalah akalnya iaitu yang BENAR dan IKHLAS berbuat ibadah kepada Allah swt, dan golongan berbuat kebajikan dan berbaik hati keatas semua makhluk dan hamba Allah swt serta SABAR dalam memberatkan dirinya pada pahala dan bala
Jalan penyelesaian yang Allah selitkan di setiap QalamNya, jadilah hambaNya yang bersyukur, menggunakan nikmat yang tercurah dengan penuh syukur. Boleh jadi bunga yang kita nikmati harumannya bukan hanya untuk kita, tapi perlu ditiup benihnya dan disebarkan baunya juga untuk orang lain. Biar orang lain juga berhak tersenyum bahagia seperti kita. Bersama rasa syukur mengharapkan berkat dari Sang Pengcipta..
Sungguh….
Hidup ini bukan untuk dinikmati..tapi untuk disyukuri...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More