create your own banner at mybannermaker.com!

December 28, 2009

Quantum Tarbiah

Sesungguhnya urusan-urusan kehidupan sentiasa membayangi dan mengelirukan perasaan dan kewarasan. Begitu juga dengan jalan-jalan yang berbagai haluan telah membayangi dan mengelirukan pandangan dan pemikiran. Manakala kebatilan senantiasa mengaburi (membayangi) kebenaran ketika mana pemutusan (penentuan jalan) dan hujah keterangan dikelami oleh kehitaman, tetapi tidaklah ia terus terselubung dan dibisukan walaupun ianya telah tidak disahuti oleh hati dan akal. Begitu kerap juga perdebatan yang sia-sia serta perbincangan yang penuh dengan kesungguhan dan kehampaan. Kesemua ini adalah berpunca dan tidak wujudnya di sana “ketakwaan”. Apabila ianya wujud, terserlahlah kewarasan, nyatalah kebenaran, tersingkaplah jalan, tenteramlah hati, lapanglah segala tindakan, tenanglah jiwa dan tetap perasaan, serta teguhlah engkau di dalam perjalanan.

Perjuangan dirintis dan difikirkan oleh orang alim, diperjuangkan oleh orang-orang ikhlas, dimenangi oleh orang berani tapi seringkali dinikmati oleh para pengecut.

Dalam gerak kerja Islam, pengkaderan menjadi satu agenda penting di setiap organisasi bagi memastikan ia terus bergerak dari masa ke semasa. Orang-orang yang meneruskan mata rantai perjuangan tidak akan mampu untuk mempunyai umur yang cukup panjang bagi menamatkan agenda dakwah mereka. Untuk mencapai misi besar daulah Islamiyyah, seorang kader tidak seharusnya memikirkan untuk menamatkan perjuangan tersebut tapi mereka harus memerah keringat, darah dan minda bagi memastikan perjuangan mereka terus dinamik dan istiqamah.

Pembinaan seorang kader bermula dari satu halaqah yang kecil atau lebih dikenali dengan usrah. Bagi memastikan kader yang dihasilkan itu berkualiti, penyediaan murabbi, naqib atau naqibah yang hebat, mantap dan berkarisma merupakan syarat utama untuk mencapainya. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah usrah atau halaqah ini sendiri bukan sekadar mengaji. Seringkali kita melabelkan usrah ini sebagai satu aktiviti dalam bentuk bulatan dan mendengar seorang naqib berucap panjang mengenai Islam dengan harapan semua ahli usrah akan mendapat banyak input pada masa tersebut. Ini adalah satu falasi yang menyebabkan ramai orang yang berpotensi tidak berani dan tidak berminat untuk menyertai usrah. Tahukah anda? Hakikatnya halaqah adalah mujalasah yang bertujuan pembinaan peribadi muslim dalam sisi keimanan, keilmuan, kejiwaan dan keterampilan. Ia bukan sehala tapi dua hala. Suasana yang spatutnya wujud bukanlah seperti upacara pengebumian tapi ia mestilah mempunyai suasana persahabatan yang ceria.

Satu hakikat yang mesti diterima, usrah sebenarnya bermula dari ahli membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr semasa menutup majlis sehingga membaca Al-Fatihah semasa membuka majlis usrah berikutnya. Ikatan antara ahli usrah tidak terbatas semasa majlis dijalankan sahaja. Ia dapat memastikan ukhuwah antara mereka dapat ditambat seteguhnya sehingga mereka menjadi kader yang serba boleh!

Inti tarbiah adalah perubahan. Mengubah dari yang biasa menjadi luar biasa. Mengubah keterbatasan menjadi kelimpahan. Barangsiapa tidak ingin mengubah dirinya maka dia tidak akan menemui kebahagiaan dirinya.

Selain itu, antara keyword penting dalam istilah tarbiah adalah pendidikan yang berterusan. Pendidikan merupakan nadi kepada kehidupan manusia. Tanpa pendidikan, musnahlah kehidupan kerana penentu jatuh bangunnya bangsa pada hari ini adalah tahap keintelektualan yang mereka miliki. Jika kita menyulusuri asal usul menyembahan taghut/berhala, kita akan dapati bahawa pendidikan atau pendokumentasian yang tak tersusun adalah salah satu sebab berlakunya kesesatan ini. Berterusan atau istiqamah pula merupakan elemen yang ‘wajib’ ada dalam pendidikan. Istiqamah dengan gerak kerja dan komited dengan usrah dapat memimpin seseorang kearah yang lebih baik.

Dan ingatlah umur kita tidak akan mencapai umur perjuangan! kader pewarislah yang akan mencukupkannya.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran : 104)

*Semoga kader yang ada sekarang akan istiqomah dalam perjuanganNYA. Seiringlah perjuangan kita dengan tarbiah. ISLAM itu AGAMA PERJUANGAN

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More