create your own banner at mybannermaker.com!

December 17, 2009

Kesaktian Hijrah



berat sungguh tangan ini untuk menaip posting kali ni..mungkin kerna kesihatan yang kurang baik menyebabkan mood tak baik..bertambah malas dan lemah sekali..hujan pun masih turun lagi kat tempat aku ni..tetapi disebabkan terkenangkan satu kalimah dan doa yang berkumandang digagahkan juga..biarpun hanya untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H...

hadis Qudsi yg bermaksud, "Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

hadis di atas menyedarkan ku..sesungguhnya kesakitan itu juga adalah pemberianNYA..supaya kita sentiasa mengingatinya..alhamdulillah mungkin kerna hadis itulah diri ini bersemangat sekali untuk menaip..bila dihanyati bait-bait hadis tu tergenang air mata..begitu sekali DIA mencabar hambaNYA..di mana kita nak cari TUHAN selainNYA..YA ALLAH...teruknya kita ni...ALLAH sentiasa bersama kita..tetapi mengapa mudahnya kita melupakanNYA..

mungkin entry aku ini tidak sama yang entry blog-blog lain yang aku baca..kebanyakan mereka banyak membincangkan tentang konsep hijrah..apa itu hijrah??tersingkap kembali kisah-kisah penghijrahan rasulullah..tapi aku ingin kaitkan tentang pemberianNYA..sedangkan hijrah ini pun pemberianNYA..peluang yang diberi olehNYA untuk kita supaya membuat penghijrahan..tapi mengapa kita sendiri menzalimi diri kita??? setiap awal tahun pastinya ada sahaja azam baru..

Sedangkan hidup kita ini ada 2 perkara sahaja.Yang pertama 'keperluan' dan yang kedua ialah 'maksud'.
1)Keperluan- Bekerja itu satu keperluan utk. mencari rezeki,membeli pakaian,menyara anak-anak dan sebagainya.

2)Maksud-Inilah sebenar2nya maksud kita dilahirkan sehinggalah kita dijemput oleh Allah.Maksud hidup ini adalah untuk beribadat kepadaNya maka itulah sebenar2nya kita dijadikan.Tidak aku jadikan manusia dan jin hanya utk. beribadat kepadaku sebagaimana firman Allah swt maka jadikanlah maksud kita dilahirkan ini sebagai perkara yg. paling utama dalam kehidupan kita seharian.Jangan berkata kepada solat, aku ada kerja tetapi katakanlah kepada kerja sekarang waktu solat.Jadikanlah amalan ini supaya kita tidak bertangguh2 dalam mengerjakan solat kerana perkara yg. disukai oleh Allah ialah solat pada awal waktunya.

tidak salah untuk berazam baru..tetapi biarlah bertepatan dengan kehendaknya..If you fail to plan, you plan to fail..Muhasabah untuk diri juga..pelbagai perkara boleh diolah..yang penting manfaatkan kesaktian hijrah yang diberikan....

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More